Anda di sini

Sarawak serius pelihara khazanahnya 

Advertisement
Lee (dua kanan) menerima cenderahati daripada Pengerusi Penganjuran ASEMUS , Kennie Ting (kiri) disaksikan yang lain.
Lee (dua kanan) menerima cenderahati daripada Pengerusi Penganjuran ASEMUS , Kennie Ting (kiri) disaksikan yang lain.

KUCHING: Kerajaan Sarawak serius dalam usaha untuk memelihara warisan  khazanah yang terdapat di negeri ini. 

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan menyedari akan keperluan untuk memelihara khazanah ini. 

"Pemeliharaan dan pemuliharaan khazanah seperti tugu, tapak dan artifak bersejarah adalah penting untuk generasi masa depan. 

"Selain itu ia turut menyumbang kepada industri pelancongan. Sebab itu Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM308 juta untuk membina Komplek Muzium Sarawak yang baharu," katanya. 

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya sempena perasmian Persidangan Agung Jaringan Muzium Asia-Eropah (ASEMUS) Ke-8 di salah sebuah hotel di sini hari ini. 

Teks ucapan beliau disampaikan oleh wakilnya, Menteri Muda Pelancongan, Keseniaan dan Kebudayaan, Datuk Lee Kim Shin. 

Mengulas mengenai persidangan tersebut, Abang Johari berkata penganjurannya di Kuching adalah tepat pada masanya dan selari dengan komitmen Kerajaan Negeri. 

Tema Perspektif Kuratorial Baharu bagi Perubahan Dunia amat bertepatan memandangkan Kerajaan Negeri kini mempromosikan keseimbangan antara pembangunan fizikal dan pemeliharaan khazanah di negeri ini. 

Pada masa yang sama katanya, Sarawak giat memulakan Ekonomi Digital untuk mentransform dan melonjakkan Sarawak ke arah ekonomi berpendapatan tinggi tanpa mengabaikan pemeliharaan khazanahnya. 

Dalam pada itu, ini merupakan kali pertama persidangan dua tahun sekali ini dianjurkan di Kuching dan Malaysia amnya melibatkan peserta dari pelbagai negara. 

Antaranya United Kingdom, Belgium, Russia, Poland, Sepanyol, Belanda, Australia, Korea, China, Jepun, Indonesia, India, Singapura dan Sarawak, Malaysia. 

  • oleh
  • Advertisement