Anda di sini

Jalil Ramli perturun ilmu

Advertisement
 Jalil memberi tunjuk ajar asas bola sepak kepada murid-murid pada Klinik Bola Sepak Bersama Jalil Ramli di padang SK Selanyau.
LEGENDA: Jalil memberi tunjuk ajar asas bola sepak kepada murid-murid pada Klinik Bola Sepak Bersama Jalil Ramli di padang SK Selanyau.

MIRI: Majlis Guru Besar Daerah Subis dan Persatuan Bola Sepak Bahagian Miri menganjurkan Klinik Bola Sepak Bersama Jalil Ramli di Padang Sekolah Kebangsaan (SK) Kita Niah.Setiausaha Persatuan Bola Sepak Bahagian Miri Mohd Azra berkata, sejumlah 250 murid sekolah rendah Zon Niah dan Suai menyertai klinik terbabit.

“Pada edisi pertama lalu, ia telah disertai kira-kira 160 peserta sementara fasa kedua Sabtu ini dijangka disertai 250 pelajar,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Menurutnya, klinik fasa pertama lalu berjalan dengan lancar dan murid-murid amat teruja menimba ilmu bersama jurulatih legenda Sarawak Jalil.

Berlangsung di padang bola sepak SK Selanyau, kesemua murid begitu bersemangat mengikuti latihan dikendalikan Jalil.

“Murid-murid diberi latihan asas bola sepak serta teknik permainan yang betul dan klinik turut dibimbing pemain-pemain Pusat Pembangunan (PP) Majlis Sukan Negeri (MSN) Miri,” ujarnya.

Klinik yang fokus kepada murid sekolah rendah itu dilihat sebagai titik permulaan pembangunan bola sepak bagi tempoh jangka panjang.

Peserta muda katanya, yang dapat mengadaptasi dan menimba pengalaman bersama jurulatih profesional mampu melangkah jauh dalam sukan bola sepak.

“Apabila mereka sudah mempunyai asas bola sepak pada usia muda, maka peluang mereka untuk menjadi pemain remaja profesional amat cerah,” katanya.  

Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni serta Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak Datuk Posa Majais dijangka hadir pada majlis penutupan.

Sebarang keterangan lanjut, sila hubungi Tila Chakuk di talian 019-8883772 atau Rohaidee Samsu (016-8851021).

  • oleh
  • Advertisement