Anda di sini

Anak Sarawak dinobat pemenang Shell LiveWIRE 2018 global

Advertisement
Jeff (dua kiri) menerima replika cek kemenangan daripada Joerg (kiri) serta juri lain pada majlis yang diadakan di sini, semalam.

Jeff (dua kiri) menerima replika cek kemenangan daripada Joerg (kiri) serta juri lain pada majlis yang diadakan di sini, semalam.

Haaziq (dua kanan) menerima replika cek kemenangan daripada juri untuk kategori dimenanganinya.
Haaziq (dua kanan) menerima replika cek kemenangan daripada juri untuk kategori dimenanganinya.

KUCHING: Inovator Sarawak, Jeff Wee dari syarikat Worming Up dinobatkan sebagai pemenang kategori Rangkaian Bekalan Runcit di Anugerah 'Shell LiveWIRE Top Ten Innovators' selepas menewaskan dua peserta dari United Kingdom (UK) dan Brazil.

Anugerah 'Shell LiveWIRE Top Ten Innovators' merupakan satu pertandingan global yang mengetengahkan dan mengiktiraf usahawan yang mempamerkan kecemerlangan dalam inovasi.

Anugerah itu, yang diadakan buat kali ketiga pada tahun ini berlangsung di sini, semalam.

Kesemua usahawan diberi masa selama 90 saat untuk sesi pembentangan diikuti sesi soal jawab bersama juri sebelum dinilai.

Pada tahun ini, pertandingan itu menyaksikan peserta dari Nigeria, UK, Perancis, Brazil, Indonesia dan Malaysia.

Selain Jeff  seorang lagi peserta Sarawak, Haaziq Ibrahim dari Ai Brique Engineering Consultancy muncul sebagai naib juara dalam kategori Perusahaan Sosial.

Sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu Solusi Tenaga, Rangkaian Bekalan Runcit dan Perusahaan Sosial yang disertai sembilan peserta.

Sembilan usahawan berkenaan dinilai oleh panel tokoh perniagaan antarabangsa yang dipengerusikan oleh Joerg Wienke, Naib Presiden Pemasaran Runcit Global di Shell.

Pemenang dalam setiap kategori menerima hadiah utama sebanyak AS$20,000 manakala dua naib juara dari setiap kategori masing-masing menerima hadiah sebanyak AS$10,000.

  • oleh
  • Advertisement