Anda di sini

RM340.98 juta nilai rampasan dadah tempoh 1 Jan - 8 Nov

Advertisement
MOHMAD SALLEH

TAWAU: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) merekodkan nilai rampasan dadah keseluruhan RM340.98 juta di seluruh negara,  dari 1 Januari hingga 8 November.

Pengarah JSJN Datuk Seri Mohmad Salleh berkata rampasan itu melibatkan nilai sitaan harta berjumlah RM80.38 juta dengan pelucuthakan harta sebanyak RM115.08 juta.

“Dalam tempoh sama, seramai 143, 430 orang ditangkap untuk pelbagai kesalahan dadah berkaitan bekalan (22, 660 orang), memiliki  (56, 367) dan urin positif (66, 403).

“Daripada jumlah itu, 135, 463 warga tempatan, 7, 967 warga asing dan 1, 102 tangkapan Akta Dadah Berbahaya menerusi Langkah- Langkah Pencegahan Khas,” katanya.

Mohmad berkata demikian menerusi kenyataan medianya di IPD Tawau di sini pada Ahad dan mendedahkan bahawa rampasan dadah sintetik terbesar adalah syabu.

Menurutnya, rampasan syabu yang direkodkan sebanyak 3, 642.54 kg, sementara ketamin 214.52 kg, pil eramin 5 (924.12 kg), pil yaba (221.76 kg) dan pil ekstasi (133.17kg).

“Rampasan dadah tradisional oleh JSJN di seluruh negara yang membabitkan ganja pula mencecah sehingga 1, 837 kg manakala heroin pula sebanyak 647.21 kg,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement