Anda di sini

Promenade Bintulu tawar pakej perkahwinan terkini

Advertisement
 Pertunjukan gaun pengantin oleh peragawan dan peragawati.
MENGAGUMKAN: Pertunjukan gaun pengantin oleh peragawan dan peragawati.

BINTULU: Hotel Promenade Bintulu menawarkan pakej perkahwinan terkini dengan perasmian `Promenade Bridal Fair 2018: Launching of Promenade Wedding Package 2019’ di Emerald Ballroom hotel terbabit semalam.

Pertunjukan pakej perkahwinan dan pakaian pengantin yang diadakan sehari itu memberikan tawaran eksklusif bagi yang mendaftar awal untuk mendapatkan pakej tersebut.

Pengurus Hotel Promenade Bintulu S Ganapathy berkata, pasangan pengantin yang mengesahkan untuk mengadakan jamuan perkahwinan di Hotel Promenade Bintulu akan menikmati beberapa kemudahan istimewa iaitu percuma satu meja daripada 30 meja yang ditempah bayar, ‘Wedding Wall of Fame’ bersaiz 5 kaki x 7 kaki, penginapan satu malam di Bilik Deluxe dengan sarapan untuk dua orang serta hadiah perkahwina.

Selain itu katanya, tawaran percuma juga adalah kek buah satu kilogram, Sunday High Tea untuk dua orang di Peppers Cafe dan makanan ringan di semua meja disediakan semasa jamuan perkahwinan.

“Pasangan pengantin yang masih tercari-cari tempat perkahwinan yang sempurna, pasukan berpengalaman luas Hotel Promenade Bintulu dalam merancang perkahwinan memberi jaminan akan membawa pasangan terbabit melihat kawasan sekitar hotel dan berbincang lanjut mengenai hari istimewa mereka,” ujarnya berucap melancarkan Promenade Bridal Fair 2018: Launching of Promenade Wedding Package 2019 di hotel terbabit semalam.

 Launching of Promenade Wedding Package 2019 di Hotel Promenade Bintulu semalam.
TERKINI: Ganapathy (tengah) bersama pengusaha pakej pengurusan perancang perkahwinan melancarkan Promenade Bridal Fair 2018: Launching of Promenade Wedding Package 2019 di Hotel Promenade Bintulu semalam.

Dengan menggabungkan pasukan perkhidmatan profesional dan peribadi katanya, pihaknya akan menjaga sebaiknya hari istimewa setiap pasangan agar dapat menikmati setiap minit masa indah pada hari perkahwinan mereka.

Beliau berkata, bagi yang tidak dapat menghadiri pertunjukan pengantin hari ini boleh menikmati Promenade Bonus Treats percuma satu meja untuk tempahan 30 meja berbayar, penginapan satu malam di Bilik Superior dengan sarapan untuk dua orang, 1 Sunday High Tea untuk dua orang di Peppers Cafe dan hadiah perkahwinan bermula 12 November(Isnin) hingga 17 Novemebr (Sabtu)ini.

Keterangan lanjut berkenaan tawaran itu hubungi talian hotline katering di 086-858868.

Dalam pada itu, melalui kerjasama daripada nama-nama terkenal dalam industri berkaitan, pelancaran pakej itu tidak akan menjadi kenyataan justeru Ganapathy mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada penaja dan rakan peserta terbabit iaitu Amy Hamka & Rose Bridal, Wedding Couture Ric & Angela, De’Chapz & Vicky Bridal Studio, PS Make Up Academy dan Q-dees Starters.

Beberapa acara yang diadakan adalah perarakan pertunjukan gaun pengantin, fesyen gaun malam pengantin, persembahan nyanyian dan tarian, cabutan bertuah dan cabutan bertuah untuk pasangan yang mengesahkan perkahwinan mereka di hotel terbabit.

  • oleh
  • Advertisement