Anda di sini

Sarawak bakal sedia prasekolah berkualiti

Advertisement
Abang Johari tiba bagi Majlis Silaturahim Old Star 2018 di PCC Demak, malam tadi.
Abang Johari tiba bagi Majlis Silaturahim Old Star 2018 di PCC Demak, malam tadi.

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan menyediakan sendiri kemudahan prasekolah yang berkualiti untuk anak-anak di negeri ini. 

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata banyak prasekolah yang berkualiti dimiliki pihak swasta dengan yuran yang tinggi. 

Disebabkan ini, hanya mereka yang berkemampuan sahaja dapat menghantar anak-anak mereka ke prasekolah berkualiti ini. 

“Oleh sebab itu, saya hendak ubah sedikit dasar dimana Kerajaan Negeri akan menyediakan prasekolah berkualiti untuk anak-anak kita. 

“Kita boleh biayainya supaya anak-anak kita termasuk di luar bandar dan bandar mempunyai prasekolah yang berkualiti,” katanya ketika berucap pada Majlis Silaturahim Old Star 2018 di Pusat Konvensyen Penview (PCC) Demak di sini, malam tadi. 

Tambah Abang Johari, sekarang ini telah wujud Tadika KEMAS (Jabatan Kemajuan Masyarakat) tetapi ia pada padangan beliau ibarat hidup segan mati tidak mahu. 

Sebab itu katanya, beliau ambil keputusan untuk Sarawak mengambil alih prasekolah untuk anak-anak di negeri ini. 

“Sebab itu saya kenakan cukai jualan ke atas produk petroleum yang akan memberi  perolehan RM3.85 bilion tambahan kepadas pendapatan negeri. 

“Dengan meningkatkan pendapatan ini maka kita dapat mengambil bahagian untuk memberi satu pembangunan yang holistik kepada rakyat negeri ini termasuk dalam bidang persekolahan,” katanya. 

Abang Johari turut meminta Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Datuk Fatimah Abdullah untuk menyediakan kajian sebelum ia akan dilaksanakan di bandar dan luar bandar. 

  • oleh
  • Advertisement