Anda di sini

RedBox telah terpilih sebagai rakan logistik Shopee untuk Malaysia Timur

Advertisement
 Ian (dua kiri), Mohd Shukrie (tiga kanan) dan Tony (tiga kanan) bergambar bersama di ibu negara kelmarin.
TERPILIH: Ian (dua kiri), Mohd Shukrie (tiga kanan) dan Tony (tiga kanan) bergambar bersama di ibu negara kelmarin.

KUCHING: Syarikat perkhidmatan logistik AirAsia, RedBox telah terpilih sebagai rakan logistik Shopee untuk Malaysia Timur bermula 1 Disember ini.

Menurut kenyataan kelmarin, RedBox akan menyediakan perkhidmatan logistik merentas sempadan ke Malaysia Timur bagi platform digital terkemuka di Asean dan Taiwan.

Ia akan bermula dengan perkhidmatan penghantaran secara langsung dari Shenzhen ke Kota Kinabalu dan Kuching.

Ketua Pegawai Eksekutif RedBox Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata, pihaknya teruja untuk bekerjasama dengan Shopee, salah satu organisasi e-dagang terbesar di Asia.

“Pelantikan kami sebagai rakan logistik sehenti untuk Malaysia Timur merupakan satu kejayaan bagi RedBox serta bukti diatas usaha strategi kami dalam menawarkan produk berkualiti tinggi melalui 5,000 penerbangan setiap minggu ke lebih 130 destinasi dalam rangkaian AirAsia.

“Kami berharap untuk terus meluaskan perkhidmatan kami untuk Shopee ke Semenanjung Malaysia dan seterusnya ke seluruh Asean,” katanya.

Sebagai platform e-dagang yang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee menyasarkan untuk mengembangkan perkhidmatannya dengan mengurangkan masa penghantaran untuk pelanggan di Malaysia Timur.

Pengarah Urusan Serantau Shopee Ian Ho berkata, Shopee terus berkembang pesat dengan lebih daripada 12 juta muat turun di Malaysia

Justeru, untuk terus meningkatkan tawaran perniagaan pihaknya, RedBox telah dilantik bagi rangkaiannya diantara Malaysia Timur dan China, serta perkhidmatan logistik lengkap lainnya.

“Dengan rangkaian AirAsia melalui RedBox, kami berharap untuk melanjutkan kerjasama tersebut ke Semenanjung Malaysia dan di rantau ini.

“Kami yakin bahawa menerusi kerjasama dengan RedBox, ia dapat memenuhi perkhidmatan penawaran penghantaran yang cepat dengan kos yang rendah,” tambahnya.

Ditubuhkan pada Mac 2018, RedBox adalah sebuah syarikat di bawah Redbeat Ventures Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Kumpulan AirAsia Berhad yang menawarkan perkhidmatan logistik disini.

Perkhidmatan luas RedBox termasuk penggudangan, pelepasan kastam, pengangkutan dan perkhidmatan penghantaran jarak jauh ke pasaran e-dagang, perusahaan dan pengguna kecil-sederhana.

Platform RedBox juga mempunyai perkhidmatan penuh untuk semua penghantaran merentasi sempadan dan memastikan pesanan menepati masa melalui laluan paling pantas.  

Untuk maklumat lanjut mengenai RedBox, layari redboxbyairasia.com. Untuk maklumat lanjut mengenai Shopee, layari www.shopee.com.my. Muat turun aplikasi Shopee secara percuma di App Store atau Google Play.

Advertisement