Anda di sini

Raikkonen ucap tahniah kepada Hamilton

Advertisement
HAMILTON
HAMILTON

SAO PAULO: Kimi Raikkonen mengucapkan tahniah kepada Lewis Hamilton di atas kejuaraan dunia kelimanya tetapi memberi amaran kepadanya bahawa Ferrari akan berusaha sedaya upaya untuk menghalang Mercedes daripada melengkapkan kejuaraan Formula Satu berganda di Grand Prix Brazil pada hujung minggu ini.

Pelumba dari Finland yang akan menyertai pasukan Sauber itu mengakui Ferrari tidak menduduki posisi yang kuat - mereka ketinggalan 55 mata di belakang Mercedes dalam kedudukan pembuat kereta dengan baki dua perlumbaan lagi - tetapi menjelaskan mereka tidak akan berputus asa.

“Ternyata kami tidak dalam kedudukan yang baik tetapi kami masih berpeluang dan kami akan berusaha sedaya upaya. Kami cuba menang.”

Raikkonen, yang memenangi kejuaraan pemandu untuk Ferrari di Brazil pada 2007, berkata Hamilton sewajarnya memenangi kejuaraan pada tahun ini dan menolak idea bahawa rakannya dalam pasukan Ferrari, Sebastian Vettel, tewas kerana kesilapan pasukan dan individu.

“Yang pasti dia memenanginya,” katanya. “Sesiapa sahaja yang mempunyai paling banyak mata telah memenanginya. Pada akhirnya, jika anda bertanya kepada 10 orang, semua merek ada pandangan berlainan tentang bagaimana ia telah dimenangi atau terlepas.

“Ia tidak memberi perbezaan. Dia memenanginya. Permainan adil dan tahniah kepadanya.”

Dia menambah ia adalah lebih penting bagi pasukan untuk berjaya dalam kejuaraan pembuat kereta.

“Terdapat kejuaraan pemandu, tetapi jika anda pergi ke mana-mana pasukan, mereka mungkin akan mengatakan ini adalah lebih penting untuk mereka - kejuaraan pembuat kereta lebih daripada pemandu.

“Itulah apa yang kami cuba lakukan, dan kita akan lihat dalam baki dua perlumbaan lagi.”

Vettel mengakui dia kecewa kerana Hamilton telah memenangi kejuaraan pemandu pada tahun ini di Mexico dengan baki dua perlumbaan lagi, tetapi berkata dia masih bermotivasi untuk masa depan, termasuk pada hujung minggu ini.

“Ternyata, perlumbaan terakhir sukar untuk ditelan dan mungkin musim salji juga begitu,” kata juara dunia sebanyak empat kali itu. “tetapi menyerah kalah bukan satu pilihan.

“Tiga kali sudah, saya berada dalam kedudukan seperti itu pada 2017, 2009 dan tahun ini. Bagi saya, mungkin ‘09 paling buruk.” — AFP

Advertisement