Anda di sini

Klinik, pertandingan gusti lengan di Sibu 16 hingga 18 Nov

Advertisement

SIBU: Berita baik buat peminat gusti lengan di seluruh negeri apabila satu klinik dan pertandingan gusti lengan akan diadakan di sini sempena Sambutan Hari Belia Peringakt Negeri Sarawak 2018.

Program tersebut akan diadakan selama dua hari bermula jam 9 pagi, 16 hingga 18 November ini di Stadium Tertutup Sibu.

Empat kategori akan dipertandingkan iaitu lelaki 80kg ke atas dan ke bawah, wanita terbuka dan lelaki junior (21 tahun ke bawah).

Tempat pertama bagi kategori lelaki 80kg ke atas dan ke bawah akan menerima hadiah wang tunai RM400, pingat dan sijil, tempat kedua 200, pingat dan sijil, tempat ketiga RM150, pingat dan sijil dan tempat keempat 100, pingat dan sijil.

Bagi kategori lelaki junior pula, tempat pertama akan menerima hadiah wang tunai sebanyak 200, pingat, RM150, pingat dan sijil bagi tempat kedua dan RM100, pingat dan sijil bagi tempat ketiga dan keempat.

Kategori wanita terbuka pula menawarkan hadiah wang tunai RM300, pingat dan sijil untuk pemenang tempat pertama, pemenang tempat kedua akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM200, pingat dan sijil, tempat ketiga akan membawa pulang wang tunai RM150, pingat dan sijil dan keempat RM100, pingat dan sijil.

Pihak penganjur telah menetapkan yuran sebanyak RM5 bagi setiap penyertaan.

Orang ramai boleh menghubungi Luke menerusi talian 019-8255822, Treacy (014-6856588), Mark (0111-5837353) dan Man (017-8184855).

Advertisement