Anda di sini

Davids, Haaland wanita peribumi pertama menjadi ahli Kongres AS

Advertisement
 Davids (tengah) menyapa penyokong pada parti malam pemilihan                                di Olathe, Kansas kelmarin. — Gambar AFP
HARGAI PENYOKONG: Davids (tengah) menyapa penyokong pada parti malam pemilihan di Olathe, Kansas kelmarin. — Gambar AFP

CHICAGO: Dua calon Demokrat, Sharice Davids dan Deb Haaland, mencipta sejarah kelmarin apabila mereka menjadi wanita peri-bumi Amerika yang pertama dipilih untuk menjadi ahli Kongres, demikian menurut unjuran rangkaian Amerika Syarikat (AS).

Davids, 38, dari Kansas, merupakan seorang peguam dan bekas ahli seni pertahanan campuran. Beliau juga lesbian terbuka, di negeri yang menurut tradisi adalah konservatif telah menewaskan penyandang Republikan, Kevin Yoder.

Haaland, 57, dari New Mexico, menewaskan Janice Arnold-Jones, seorang calon Republikan, dan Lloyd Prince-                 ton, seorang Libertarian.

Kedua-dua wanita adalah antara jumlah warga peri-bumi Amerika yang memecah rekod apabila mereka bertanding dalam pemilihan pertengahan penggal bagi kerusi Kongres, pejabat gabenor, dewan undangan negeri dan jawatan lain yang dipilih oleh rakyat.

‘Tegas, Cekal, Peribumi’ tertera pada kemeja yang dipakai oleh Davids dalam salah satu iklan kempennya untuk pilihan raya dalam daerah Kongres ketiga di negeri berkenaan, yang turut me-rangkumi Kansas dan bandar pinggir selatannya.

Haaland, seorang anggota suku kaum Pueblo di Laguna, merupakan seorang aktivis komuniti yang dikenali ramai dalam daerahnya yang Demokrat, dengan usaha yang tidak mengenal erti lelah untuk menggalakkan penduduk peribumi Amerika – yang merangkumi dua peratus daripada populasi AS – agar mengundi.

Beliau memulakan karier-nya sebagai seorang sukarelawan untuk kempen pilihan raya presiden John Kerry pada 2004 – dan membuat panggilan yang tidak putus-putus untuk menggalakkan penduduk peribumi Amerika agar mengundi.

Sejak itu, beliau tidak per-nah berhenti berkempen: bekerja sepenuh masa sebagai sukarelawan untuk Barack Obama, dan dalam puluhan kempen tempatan dan ne-geri. Beliau bertanding untuk jawatan timbalan gabenor dan berkhidmat sepenggal sebagai pengerusi parti negeri.

“Kita memerlukan orang tulen yang bercakap me-ngenai isu-isu kita dan tahu bagimana rasanya,” kata Haaland kepada AFP dalam satu temu ramah sebelum pemilihan, di mana beliau bertanding dalam kerusi daerah Kongres pertama di New Mexico.

“Kita ada orang dalam Kongres sekarang yang tidak tahu bagaimana rasanya” untuk hidup tanpa makanan atau penjagaan kesihatan yang baik, katanya.

Beliau berkata walaupun kebenciannya kepada dasar Presiden Donald Trump mengenai imigresen, penjagaan kesihatan dan isu lain mendorongnya untuk bertanding, ia bukan satu-satunya sebab.

Haaland dan Davids men-yertai beberapa ahli Demokrat yang sudah bertukar kerusi dalam Dewan Perwakilan, untuk membantu parti mereka merampas kuasa dalam de-wan rendah daripada pihak Republikan dan memberi teguran yang tegas kepada Trump. — AFP

Advertisement