Anda di sini

Lelaki dipenjara 14 tahun, 14 sebatan kerana menipu

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 35 tahun dikenakan penjara 14 tahun dan 14 sebat, oleh Mahkamah Sesyen di sini, atas tujuh kesalahan menipu melibatkan beberapa projek.

Hakim Abu Bakar Manat menjatuhkan hukuman itu terhadap Firdaus Zainal, yang menukar pengakuannya kepada bersalah mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntukkan, penjara antara setahun hingga 10 tahun dan sebat serta denda.

Pertama hingga ketiga, tertuduh menipu Awang Azman Ajijk, 41, melalui Datu Abdul Razak Abdul Salam, 54, bahawa Syarikat Telaga Biru ditawarkan kerja melaksanakan pembekalan benih cendawan sebanyak 10,000 bongkah bernilai RM168,000 kepada Usahawan Peladang di daerah Tambunan.

Ia secara tidak jujur melalui Datu Abdul Razak mendorong Awang Azman memasukkan RM4,000, RM3,750 dan RM250 ke dalam akaun tertuduh.

Kesalahan dilakukan sekitar Januari 2015 di Maybank Lapangan Terbang Kota Kinabalu (LTAKK) di sini dan kedai kopi Tanjung Pagar, Taman Ketiau Putatan.

Keempat, pada 16 Disember 2014 di Maybank Karamunsing, tertuduh menipu Mohd Noor Amir Abdullah, 49, melalui Vincent Noor Majadil, 49, Syarikat Aliran Handal Sdn Bhd mendapat kerja-kerja pembekalan baja organik sebanyak 5,000 beg bernilai RM380,000 kepada Usahawan Peladang di daerah Papar.

Akibat terperdaya, mangsa melalui Vincent memasukkan wang sebanyak RM40,000 ke dalam akaun tertuduh.

Kelima, terrtuduh dengan curang menipu Vincent untuk percaya  bahawa surat tawaran atas nama Syarikat Aliran Handal Sdn Bhd bagi kerja-kerja pembekalan baja organik sebanyak 5,000 beg bernilai RM380,000 kepada Usahawan Peladang di daeah Keningau, akan dikeluarkan dan diberikan kepada syarikat terbabit.

Oleh itu, mangsa memasukkan wang sebanyak RM35,000 ke dalam akaun tertuduh pada 3 Disember 2014 di tempat sama.

Keenam, tertuduh dengan curang melalui Datu Abdul Razak Abdul Salam, 54, menipu Sumali@ Marino Ahmad, 64, untuk percaya Syarikat Azli Enterprise ditawarkan kerja melaksanakan dan mendirikan rumah kakitangan Lembaga Pertubuhan Peladang Sabah sebanyak empat unit di daerah  Tenom bernilai RM1,800,000.

Melalui Datu Abdul Razak mangsa memasukkan wang sebanyak RM20,000 ke dalam akaun tertuduh sekitar Januari 2015 di Maybank Inanam, di sini.

Ketujuh, tertuduh menipu Asri Abu Ali beberapa syarikat iaitu Cemerlang Sdn Bhd, ASFA Indah Sdn Bhd dan ABB Trading melaksanakan kerja-kerja pembekalan baja organik sebanyak 5,000 beg bernilai RM380,000 kepada Usahawan Peladang di Kota Marudu, Pitas dan Kota Belud berdasarkan surat tawaran bertarikh 7 November 2014 yang sebenarnya palsu.

Perbuatan tertuduh itu mendorong mangsa menyerahkan cek bertarikh 11 November 2014 bernilai RM120,000.

Mahkamah mengenakan penjara selama dua tahun dan dua sebat untuk setiap pertuduhan terhadap tertuduh, bagaimanapun setiap hukuman berjalan serentak bermula dari tarikh sabitan.

Firdaus diwakili peguam Chong Kian Ming dan Timbalan Pendakwaraya Norbert  Liew bertindak untuk pihak pendakwaan.

  • oleh
  • Advertisement