Anda di sini

Pendapatan kerajaan negeri dijangka meningkat kepada RM10.513 bilion pada 2019

Advertisement
Abang Johari ketika membentangkan Belanjawan Sarawak 2019 pada persidangan Dewan Undangan Negeri, hari ini.


KUCHING: Pendapatan kerajaan negeri pada 2019 dijangka meningkat 51 peratus berbanding 2018 dengan jumlah RM10.513 bilion, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg (gambar).

Pada 2018, pendapatan yang dikaji semula kerajaan adalah RM6.966 bilion.

“Ini merupakan kali pertama Sarawak dijangka mencapai pendapatan tertinggi iaitu lebih RM10 bilion.

“Jumlah pendapatan yang tinggi ini amat penting dalam membolehkan kita bergerak ke hadapan dengan agenda pembangunan demi manfaat seluruh warga Sarawak,” ujarnya ketika membentangkan Belanjawan Sarawak 2019 pada persidangan Dewan Undangan Negeri, hari ini.

Menurutnya, pendapatan daripada cukai dijangka RM5.268 bilion atau 50 peratus daripada perolehan keseluruhan.

Manakala daripada pendapatan bukan cukai dijangka RM4.997 atau 48 peratus.

Bayaran bukan pendapatan pula dijangka RM9 juta.

Geran kerajaan persekutuan dan bayaran balik dijangka RM239 juta.

  • oleh
  • Advertisement