Anda di sini

Dua pasukan ke separuh akhir Liga Serian diketahui Ahad ini

Advertisement
 Serian Project Team sedia hadapi ujian getir daripada pasukan THB FC Ahad ini.
UJIAN GETIR: Serian Project Team sedia hadapi ujian getir daripada pasukan THB FC Ahad ini.

KUCHING: Dua pasukan terakhir akan menyertai Holdfast FC dan Armada Pemuda Bukit Semuja melangkah ke separuh akhir Liga Serian LSC 2018 akan diketahui petang esok (Ahad).

Pasukan berada dalam prestasi terbaik ketika ini, Serian Project Team akan berdepan THB FC, jam 1.30 petang di Stadium Serian.

Kemudian disusuli dengan pertembungan menarik Yayasan Sarawak menentang Marr SC bermula jam 3.30 petang juga di venue sama.

Sehubungan itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Serian, Phillip Jabu menyeru orang ramai hadir memenuhi Stadium Serian pada Ahad ini memberikan sokongan padu kepada pasukan masing-masing.

Advertisement