Anda di sini

Boulevard Hypermarket anjur kempen Anmum Essential ‘Tiada Gula Tambahan’ selama tiga hari

Advertisement
 Pengurus operasi pasar raya Boulevard Tok Chin Huat (kedua kanan), serta kakitangan pasar raya dan wakil daripada Choon Hua Trading Corporation Sdn Bhd mempamerkan produk tenusu Anmum Essential.
PROMOSI: Pengurus operasi pasar raya Boulevard Tok Chin Huat (kedua kanan), serta kakitangan pasar raya dan wakil daripada Choon Hua Trading Corporation Sdn Bhd mempamerkan produk tenusu Anmum Essential.

MIRI: Pasar raya Boulevard Hypermarket di Kompleks Beli Belah Boulevard dengan kerjasama Choon Hua Trading Corporation Sdn Bhd, kini sedang menganjurkan kempen Anmum Essential ‘Tiada Gula Tambahan’ selama tiga hari bermula semalam, 2 Nov.

Acara ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para ibu bapa tentang gula tambahan dalam susu formula untuk anak-anak dan kesannya terhadap pemakanan dan nutrisi keseluruhan anak-anak yang semakin meningkat umur.

Mengikut statistik terbaharu daripada Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan, lebih enam peratus kanak-kanak di Malaysia di bawah umur lima tahun telah dikenal pasti mempunyai berat badan berlebihan.

Sementara itu, kira-kira 12 peratus kanak-kanak dan remaja di bawah umur 18 tahun diklasifikasikan sebagai sama ada berat badan berlebihan atau mengalami masalah obesiti.

Menurut kenyataan akhbar Fonterra Brands Malaysia, Anmum Essential adalah satu-satunya susu tepung yang dirumuskan untuk kanak-kanak dengan gula tambahan sifar peratus dan 100 peratus kebaikan susu.

Sekarang, dengan Mind-Q Connect, ia mengandungi DHA dan dua kali GA (Gangliosida), kerana nutrisi-nutrisi tersebut amat penting dalam membantu tumbesaran otak.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kesan gula tambahan kepada pemakanan anak-anak anda, kunjungilah kempen Anmum Essential ‘Tiada Gula Tambahan’ di pasar raya Boulevard pada hujung minggu ini, di mana wakil-wakil Anmum Essential berada di situ untuk memberi penjelasan tentang susu tepung keluaran Fonterra Brands.

Selain itu, para pelanggan juga boleh mendapat hadiah percuma semasa kempen ini berlangsung.

Fonterra Brands merupakan pengeksport produk tenusu terbesar di dunia dari New Zealand, dan pembekal terkemuka rangkaian terbesar produk tenusu dewasa dan ibu hamil, yogurt dan bahan-bahan khusus untuk memenuhi keperluan pengguna dan pengendali perkhidmatan makanan profesional di lebih 140 buah negara di seluruh dunia.

Di Malaysia, Fonterra Brands mengeluar, mengedar dan memasarkan rangkaian produk tenusu, termasuk susu sedia diminum, susu tepung, minuman susu berkultur, keju dan mentega di bawah jenama Anmum Materna, Anmum Lacta, Anmum Essential, Fernleaf, Calciyum, Anlene dan Anchor.

Semua produk tenusu Fonterra Brands di Malaysia diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan New Zealand Islamic Development Trust (NZIDT).

Advertisement