Anda di sini

DBKK FT A juara futsal wanita Piala Safa Sandakan

Advertisement
ROSDY menyampaikan piala pusingan kepada pengurus DBKK Rebecca Augustine. Turut bersama adalah anggota skuad futsal DBKK.
ROSDY menyampaikan piala pusingan kepada pengurus DBKK Rebecca Augustine. Turut bersama adalah anggota skuad futsal DBKK.

SANDAKAN: DBKK FT A muncul juara Kejohanan Futsal Wanita Terbuka Sabah Piala Safa Sandakan di sini pada 27-28 Oktober lalu.

Gelaran juara itu menyaksikan DBKK FT A membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500, Piala Pusingan dan medal.

Tempat kedua dimenangi Hippies FT Lahad Datu, ketiga DBKK FT B dan keempat KFWS FT Sandakan.

Hadiah tempat kedua adalah wang tunai RM1,000, piala dan medal, ketiga (RM500, piala dan medal) dan keempat (RM300 dan medal).

Anugerah khas iaitu Pemain Terbaik dimenangi pemain DBKK FT A Dadree Rofinus, Penjaring Terbanyak Pedrolia Martin Sikayun (DBKK FT B) dan Penjaga Gol Terbaik Marcia Munchina.

Kejohanan itu dirasmikan Pembantu Menteri Belia Dan Sukan Arunarnsin Taib mewakili menterinya Datuk Frankie Poon Ming Fung.

Arunarnsin berkata, usaha SAFA Sandakan menganjurkan kejohanan futsal wanita buat julung kalinya itu wajar dicontohi bagi membantu pembangunan sukan futsal negeri ini.

Beliau juga gembira kerana kejohanan mendapat sambutan menggalakkan dan turut menarik penyertaan dari daerah-daerah lain.

ARUNARNSIN (bertopi) menyampaikan sijil kepada pemenang tempat kedua, Hippies FT.
ARUNARNSIN (bertopi) menyampaikan sijil kepada pemenang tempat kedua, Hippies FT.

Kejohanan dua hari itu disertai 14 pasukan dari Kota Kinabalu (dua), Tawau (satu), Lahad Datu (tiga) dan Telupid (dua) manaakala pasukan selebihnya daripada Sandakan.

"Kementerian saya mengalu-alukan usaha seperti ini. (Kementerian) kami juga sentiasa sedia membantu sebarang penganjuran aktiviti melibatkan belia dengan syarat ianya berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan Sabah. Pendaftaran ini memudahkan kerajaan menyalurkan bantuan," Arunarnsin.

Arunarnsin juga akan membawa perkara yang disuarakan Safa Sandakan agar dibina satu gelanggng futsal bersaiz antarabangsa di Sandakan.

  • oleh
  • Advertisement