Anda di sini

Lelaki didakwa melakukan kesalahan seksual

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang pemuda berusia 21 tahun berhadapan hukuman penjara maksimum 30 tahun, selepas didakwa memasukkan jarinya ke dalam kemaluan seorang remaja perempuan.

Mohd Hairi Abdul Rahim bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan, dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu terhadap mangsa yang berusia 13 tahun tanpa kerelaan mangsa, pada 21 Oktober jam 10 malam di dalam bilik, sebuah taman perumahan, Luyang.

Jika sabit salah boleh dikenakan penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan.

Mahkamah menetapkan pengurusan kes pada 23 November dan tarikh perbicaraan pada 20 hingga 22 Febuari tahun hadapan.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki berusia 51 tahun didakwa atas kesalahan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Namun Morida Tayan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memegang kemaluan dan memeluk mangsa seorang remaja perempuan berusia 14 tahun 11 bulan.

Kesalahan dilakukan pada 17 Oktober jam 8 malam di sebuah rumah kampung, Papar.

Noor Hafizah menetapkan pengurusan kes pada 16 November dan tarikh perbicaraan pasa 25 hingga 27 Febuari terhadap tertuduh.

Sementara menunggu kes selesai tiada jaminan diberikan kepada kedua-dua tertuduh, yang diperintahkan terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

Kedua-dua pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya Dinesh Raja, manakala Mohd Hairi dan Morinda diwakili peguam P.J Perira yang bertindak untuk peguam Farazwin Haxday.

  • oleh
  • Advertisement