Anda di sini

Kunjungi Far­ley Kota Samarahan, nikmati harga istimewa pelbagai barangan

Advertisement
 Pelbagai jenis kasut ditawarkan pada harga istimewa.
MURAH: Pelbagai jenis kasut ditawarkan pada harga istimewa.
 Orang ramai mula membanjiri Farley Kota Samarahan.
JOM KE FARLEY: Orang ramai mula membanjiri Farley Kota Samarahan.
 Farley mengadakan Members Day dari 26 hingga 28 Oktober ini.
PROMOSI ISTIMEWA: Farley mengadakan Members Day dari 26 hingga 28 Oktober ini.

KOTA SAMARAHAN: Far-ley (KS) Sdn Bhd mengadakan promosi istimewa sempena ‘Farley Mambers Day’ dari 26 hingga 28 Oktober ini di Ban-dar Riyal, Kota Samarahan.

Dalam promosi istimewa itu, pemegang kad keahlian Farley dapat menikmati harga istimewa di kesemua bahagian pasar raya, barang kelengkapan rumah, elektrik,  alat tulis, kasut, kedai roti dan kedai minuman Farley.

Malah, pelanggan yang merupakan pemegang kad keahlian juga berpeluang mendapatkan hadiah istimewa daripada Farley mengikut mata terkumpul.

Bagi mereka yang berminat menjadi ahli Farley hanya perlu membayar RM15 seumur hidup dan kad itu tidak mempunyai tarikh luput.

Sepanjang promosi istimewa sempena Farley Mambers Day, operasi premis itu dilanjutkan dari jam 8.30 pagi hingga 11 malam.

Manakala kaunter penebusan hadiah istimewa dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 10 malam.

Farley Kota Samarahan yang terletak di Ban-dar Riyal, Jalan Muara Tuang, merupakan cawangan ketiga di negeri ini selepas Bintulu dan Sibu.

Justeru, orang ramai terutamanya penduduk di sekitar Kota Samarahan dan kawasan berdekatan boleh datang ke Farley Kota Samarahan untuk melihat sendiri promosi istimewa tersebut.

Advertisement