Anda di sini

Zee Avi buat persembahan di WAK 2018 Music Portal, esok

Advertisement
 

KUCHING: Penyanyi terkenal tanah air yang berjaya di persada antarabangsa, Zee Avi bakal tampil membuat persembahan pada ‘What About Kuching (WAK) 2018 Music Portal’, 27 Oktober ini (esok) di bangunan Rumah Mahkamah Lama di sini.

Persembahan yang akan bermula dari jam 8.00 malam hingga lewat malam itu sudah pastinya akan menghiburkan peminat di sekitar bandar raya ini.

“Saya sangat teruja untuk tampil membuat persembahan di Kuching kerana ia adalah tempat lahir saya,” kata Zee Avi yang sebelum ini pernah membuat persembahan di Kuching pada Julai 2017.

Tambahnya, ia adalah sesuatu yang menggembirakan baginya untuk kembali ke Sarawak dan tampil membuat persembahan di sini.

“Sudah tentu saya akan mencari juadah makanan Sarawak seperti Mi Kolok, Umai, buah tepus dan banyak lagi,” katanya.

Pada masa sama, beliau memberitahu keunikan dan kekayaan budaya di negeri ini mempunyai tarikan tersendiri yang boleh ditonjolkan kepada dunia.

“Saya berharap rakan-rakan seperjuangan lain dapat mempamerkan bakat mereka di landasan yang disediakan ini (WAK) agar ia dapat diketengahkan,” katanya.

Mengenai perkem-bangannya, Zee Avi akan melancarkan album keempatnya awal tahun hadapan manakala album terbarunya, ‘Who Are You’ akan keluar di pasaran pada November ini.

Untuk makluat lanjut orang ramai boleh melayari laman sesawang WAK 2018 di aboutkuching.com.

Advertisement