Anda di sini

Dua remaja disyaki curi motosikal ditahan

Advertisement
 Dua remaja lelaki belasan tahun (dua kiri dan dua kanan) dibawa ke CPS Miri untuk tindakan lanjut.
DITANGKAP: Dua remaja lelaki belasan tahun (dua kiri dan dua kanan) dibawa ke CPS Miri untuk tindakan lanjut.

MIRI: Suasana hiba menyelubungi pekarangan Balai Polis Pusat (CPS) Miri apabila seorang ibu tidak dapat menahan kesedihan melihat anak lelakinya ditangkap polis pagi semalam.

Ibu tersebut terpaksa melepaskan anaknya ditahan selepas mendapat arahan daripada pihak polis.

Sebelum itu, dua remaja lelaki belasan tahun ditangkap di sebuah rumah di Taman Tunku pagi semalam kerana disyaki terlibat dengan kegiatan mencuri motosikal.

Menurut sumber, kedua-dua suspek ditangkap kira-kira jam 10 pagi oleh sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri.

“Dalam tangkapan terbabit, polis berjaya merampas dua motosikal disyaki motosikal curi yang pernah dilaporkan hilang sebelum ini,” kata sumber.

Kedua-dua suspek bersama barang rampasan kemudiannya dibawa ke CPS Miri untuk siasatan lanjut.

Advertisement