Anda di sini

Petronas ikrar CSR akan diberi tanggungjawab utama

Advertisement
 Zaki (lima kiri) dan Andy (empat kiri) bersama para pemenang perlawanan boling  persahabatan Petronas-NSJA yang berlangsung pada sebelah siang, dengan acara penyampaian hadiah diadakan pada majlis makan malam di sebuah hotel di Miri.
TAHNIAH: Zaki (lima kiri) dan Andy (empat kiri) bersama para pemenang perlawanan boling persahabatan Petronas-NSJA yang berlangsung pada sebelah siang, dengan acara penyampaian hadiah diadakan pada majlis makan malam di sebuah hotel di Miri.

MIRI: Syarikat pengeluar minyak negara Petronas akan terus memberi tumpuan utama terhadap menangani keperluan komuniti setempat di Sarawak, di bawah tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.

Pengurus Besar Perkhidmatan Teknikal Petronas Carigali (SK Oil) Zaki Hashim berkata, di Sarawak program CSR syarikat itu dirancang teliti dan dijalankan rapi melalui kerjasama dengan Kerajaan Sarawak untuk memastikan usaha yang dilaksanakan memberi kesan positif dan bermakna kepada kehidupan masyarakat, ter-utama kumpulan sasaran.

“Dalam hal ini, kami memuji usaha media di Miri atas peranan mereka menonjolkan inisiatif yang dilaksanakan Petronas dan rakan-rakannya termasuk Kerajaan Sarawak dan agensinya untuk meningkatkan kesejahtera-an masyarakat setempat, di samping meningkatkan pendidikan dan memelihara alam sekitar di Sarawak,” katanya.

Beliau mewakili Ketua Sarawak Oil (SK Oil) Malaysia Assets Upstream Petronas Carigali Sdn Bhd Anuar Ismail semasa hadir pada Majlis Makan Malam ‘Networking Petronas – Persatuan Wartawan Sarawak Utara (NSJA)’ di sebuah hotel di sini, malam kelmarin.

Menurut Zaki, Petronas akan terus berusaha melaksanakan program CSR syarikat secara holistik dan mampan dengan berpusat kepada tiga tonggak penting iaitu ‘Kesejahteraan Komuniti’, ‘Pendidikan’ dan ‘Alam Sekitar’.

“Saya mesti menyebut di sini bahawa lawatan pe-ngenalan media yang diada-kan baru-baru ini ke tapak projek ekomarin kami di Taman Negara Terumbu Karang Miri-Sibuti menerima sambutan menggalakkan daripada anda semua.

“Laporan-laporan berita anda mengenai projek ini telah berjaya meningkatkan tahap kesedaran orang ramai tentang pemuliharaan dan perlindungan terumbu karang yang amat bernilai daripada dimusnahkan oleh kegiatan penangkapan ikan secara haram,” katanya.

Sehubungan itu, Zaki berharap pengamal media di sini akan terus menulis lebih banyak berita dan cerita mengenai projek tersebut untuk mendidik orang ramai mengenai kepentingan pemuliharaan marin dan faedah ekonomi yang dapat dibawa projek ini untuk ekonomi Miri dan masyara-kat nelayan.

Mengenai perlawanan bo-ling persahabatan yang diadakan pada Selasa sebagai acara tahunan kedua-dua pihak,  beliau berkata aktiviti sedemikian akan diteruskan bagi mengeratkan hubungan baik di antara Petronas de-ngan pihak media di sini.

Melalui acara seperti itu katanya, ia malah memberikan persefahaman lebih baik di antara pegawai Petronas dan pihak media.

“Sehubungan itu saya ingin mengambil peluang ini untuk menyampaikan rasa gembira dan penghargaan kepada NSJA atas sokongan padu yang diberikan kepada Petronas sepanjang operasi-nya di Miri.

“Saya juga amat gembira kerana rakan-rakan media kita di sini amat memahami dan menghargai CSR kami dalam usaha menggerakkan dan memajukan masyarakat yang berbilang kaum di kawasan-kawasan kami (Petronas) beroperasi, bukan sahaja di Miri tetapi di beberapa bahagian lain di negeri ini,” tambahnya.

Turut hadir Ketua Petronas Floating LNG Satu (PFLNG Satu) Norsham Khalid, Pre-siden NSJA Andy Jong, para pengamal media serta ahli NSJA, pegawai dan kakitangan Petronas SK Oil dan Petronas Carigali Sarawak.

Advertisement