Anda di sini

PBSNT kekalkan Irfan Bakti untuk musim depan

Advertisement
 Reka bentuk tiket perlawanan yang diperkenalkan pada sidang media berkenaan keselamatan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2018 di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam semalam. Perlawanan itu menyaksikan perebutan antara Terengganu FC  menentang Perak yang akan berlangsung pada Sabtu ini di Stadium Shah Alam. — Gambar Bernama
JADI KOLEKSI: Reka bentuk tiket perlawanan yang diperkenalkan pada sidang media berkenaan keselamatan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2018 di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam semalam. Perlawanan itu menyaksikan perebutan antara Terengganu FC menentang Perak yang akan berlangsung pada Sabtu ini di Stadium Shah Alam. — Gambar Bernama

KUALA TERENGGANU: Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengekalkan khidmat jurulatih Terengganu Football Club 1 (TFC 1) Irfan Bakti Abu Salim bagi menghadapi saingan Liga Super musim depan.

Timbalan Presiden PBSNT Hishamuddin Abdul Karim berkata, PBSNT turut mengekalkan jawatan pengurus pasukan yang disandang oleh Ahmad Shahrizal Yahya dan penolong pengurus ialah Zul Fadli Rozi.

Selain daripada jawatan itu, PBSNT turut membentuk pengurusan baharu terhadap empat pasukan bola sepak di bawah PBSNT iaitu pasukan TFC II hingga pasukan TFC IV.

“Ia bagi memantapkan kesemua pasukan bola sepak tersebut selaras dengan prestasi cemerlang yang dicapai mereka pada musim ini,Ē katanya selepas mesyuarat PBSNT di sini semalam.

Hishamuddin berkata, bagi pasukan TFC II yang bertaraf feeder club, pengurusnya adalah Jasmira Othman, penolong pengurus Che Wan Azlizan Che Wan Abu Bakar dan ketua jurulatih Tengku Hazman Raja Hassan.

“Bagi pasukan TFC III, pengurusnya ialah Mohd Rusdi Hamat, penolong pengurus Zulkifli Nawi dan ketua jurulatih Badrul Hafzan Razali manakala pasukan TFC IV pengurusnya Mohd Yahaya Mohd Noor, penolong pengurus Ramlee Othman dan Subri Sulong kekal sebagai ketua jurulatih pasukan itu.

Katanya, bagi mendepani musim depan, PBSNT meletakkkan sasaran dan akan menyusun Petunjuk Prestasi Utama (KPI) buat semua pasukan agar berjalan dengan lebih tersusun.

PBSNT turut mempelawa syarikat dan individu perseorangan menyertai sebagai rakan penaja bagi mengatasi kekangan kewangan yang dialami persatuan itu dalam meneruskan saingan dalam arena sukan bola sepak negara. — Bernama

Advertisement