Anda di sini

Tekong bersama 14 PTI ditahan

Advertisement
SEMUA PTI termasuk tekong yang ditahan oleh PPM Sandakan.
SEMUA PTI termasuk tekong yang ditahan oleh PPM Sandakan.

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) menahan seorang tekong bersama 14 Pendatang Tanpa Izin (PTI) dalam Ops Pensura di Kuala Sungai Batu 3, awal pagi tadi.

Pemangku Komander PPM Wilayah 4 Sabah Supt Abd Nasir Hj Othman berkata tekong berkenaan yang juga PTI berumur 35 tahun manakala 14 PTI berumur lingkungan 5 hingga 56 tahun terdiri sembilan wanita dewasa, dua lelaki dewasa, dua kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan.

Beliau berkata bertindak atas maklumat penyeludupan migran kira-kira jam 12.35 tengah malam semasa menjalankan rondaan Ops Pensura Bil 160/2018 menggunakan bot ronda Pac 880 keanggotaan terdiri seorang pegawai dan lima anggota membuat intipan/pemantauan di Kuala Sg. Batu 3 Sandakan telah mengesan sebuah bot laju yang mencurigakan bergerak perlahan dari arah laut lepas haluan cuba memasuki Sungai Batu 3. 

"Setelah dihampiri bot laju berkenaan cuba memecut laju memasuki Sungai Batu 3 dan setelah dikejar PPM telah berjaya memintas serta menahan bot laju terbabit di tepi Sungai Batu 3. 

"Bot laju jenis kayu tiada nombor pendaftaran dengn enjin Yamaha 75 hp dikemudikan oleh tekong terbabit. 

"Hasil pemeriksaan di dalam ruang bot terdapat seramai 14 PTI, kesemuanya tiada memiliki keterangan diri yang sah dipercayai migran dari negara jiran Filipina," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad. 

Abd Nasir berkata bot laju bersama semua tangkapan dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Akta Atipsom 2007 dan Akta Imigresen 1959/63.

  • oleh
  • Advertisement