Anda di sini

Bayi maut dikelar ibu selamat dikebumikan

Advertisement

KOTA KINABALU: Mayat bayi lelaki berusia lapan bulan yang maut selepas dikelar ibu kandung sendiri di Pulau Mantanani, Kota Belud pada  Khamis lepas selamat dikebumikan petang tadi.

Menurut nenek saudara mangsa, Siti Fatimah Yusof, mayat Jerry Yohanes terus dibawa pulang  untuk dikebumikan selepas proses bedah siasat selesai.

Wanita itu yang ditemui Bernama di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth di sini hari ini juga berkata keadaan dua daripada tiga lagi kanak-kanak yang cedera parah dalam kejadian tersebut kini stabil dan dirawat di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah, dekat sini.

“Saya belum pasti akan keadaan anak yang seorang lagi...namun diharapkan mereka cepat sembuh,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari Khamis lepas di kuarters sebuah resort di pulau peranginan berkenaan, seorang wanita yang dipercayai menghidap kemurungan bertindak mengelar empat anaknya termasuk bayi berusia lapan bulan.

Bayi tersebut maut di tempat kejadian manakala dua kakak dan abangnya mengalami kecederaan parah.

  • oleh
  • Advertisement