Anda di sini

Tarikh perbicaraan pemandu ditetapkan 2-6 Disember

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan tarikh perbicaraan pada 2 hingga 6 Disember, terhadap seorang pemandu yang didakwa atas empat pertuduhan memiliki dadah.

Hakim Noor Hafizah Mohd Salim membuat keputusan itu terhadap Lee Eng Kian, 42, yang mana pada Jumaat untuk pengurusan kes.

Pertama, tertuduh didakwa memiliki dadah jenis 4 Methyrenedioxymethlamphetamine seberat 40.14 gram.

Kedua hingga ketiga, berada dalam milikannya tiga jenis dadah, Para,-Methoxymetnymethyiamphetamine 15.88 gram, Nimetazepam 0.02 gram dan Ketamine 3.50 gram.

Mengikut pertuduhan, Lee melakukan kesalahan itu bersama seorang yang masih bebas, pada 4 Januari jam 2.45 petang, tingkat tiga pusat membeli belah Center Point, di sini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12 (2l Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca bersama Seksyen 39 A (2) akta sama, dihukum mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntukkan, penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun, serta tidak kurang sepuluh sebat.

Pada awal tahun ini, tertuduh didakwa atas pertuduhan mengedar dadah mengikut Seksyen 39 B (1)(a) akta sama.

Peguam Kimberly Ye dan Aaron Mah mewakili peguam Ram Singh bertindak untuk pembelaan, pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya Dinesh Raja.

Sementara menunggu kes selesai, tertuduh direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

  • oleh
  • Advertisement