Anda di sini

Jet Myanmar terhempas, dua juruterbang dan seorang budak terbunuh

Advertisement
 Orang ramai melihat bahagian yang tertanggal daripada jet tentera yang terhempas di sebuah padang di Magway semalam. — Gambar AFP
MALANG: Orang ramai melihat bahagian yang tertanggal daripada jet tentera yang terhempas di sebuah padang di Magway semalam. — Gambar AFP

YANGON: Dua juruterbang jet pejuang Myanmar terbunuh dalam nahas berasingan berpunca daripada kabus tebal semalam, menurut pihak berkuasa, dengan serpihan daripada salah sebuah pesawat telah membunuh seorang budak perempuan di dalam rumahnya.

Tahap penglihatan yang kurang baik telah menyebabkan salah sebuah jet F-7 untuk terbang menuju ke arah sebuah menara telekomunikasi berhampiran pangkalan tentera  udara Magway lebih dari 500 kilometer barat laut Yangon, seorang pegawai tentera udara memberitahu AFP.

“Beliau tidak mempunyai masa untuk melonjak keluar dari pesawat,” menurut pegawai tersebut, yang tidak mahu namanya diketahui.

Seorang budak perempuan berusia 10 tahun, yang sedang belajar di dalam rumah, telah terkena satu serpihan daripada pesawat selepas ia melanggar menara, anggota perundangan Kyaw Swan Yee dari pekan berhampiran Min Buu berkata.

“Budak itu meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital,” jelas beliau.

Dalam satu lagi insiden – yang berlaku hanya 10 batu jauhnya – juruterbang telah berjaya melonjak keluar dari pesawatnya namun terkorban apabila beliau jatuh ke tanah menurut pihak berkuasa.

Juruterbang tersebut telah dikenali sebagai Kapten Hein Thu Aung dan Kapten Phyo Maung Maung, kedua-dua mereka berusia lingkungan 30-an.

Ketua menteri Magway  dan satu delegasi anggota perundangan telah memberikan penghormatan mereka kepada keluarga budak pe-rempuan tersebut, menurut Kyaw Swan Yee.

Nahas tersebut adalah kemalangan penerbangan yang terbaharu yang menyelubu-ngi pasukan tentera udara negara.

Pada April seorang juru-terbang F-7 meninggal dunia selepas jetnya terhempas akibat satu masalah teknikal.

Pada Jun tahun lepas sebuah pesawat buatan China Shaanxi Y8 yang membawa kakitangan tentera dan keluarga mereka terjunam ke dalam laut Andaman selepas berlepas, mengorbankan 122 orang, 15 daripadanya adalah kanak-kanak.

Pesawat F-7 merupakan jet pejuang dari era Perang Dingin – satu persamaan dengan  buatan China bagi pesawat MiG-21 milik Soviet Union. — AFP

Advertisement