Anda di sini

22 tamat kursus 'The Art of Dessert' anjuran Mara, GiatMara dan Sugar

Advertisement
MOHD Norwawi ketika menyampaikan ucapan perasmian di majlis itu.
MOHD Norwawi ketika menyampaikan ucapan perasmian di majlis itu.

KOTA KINABALU: Mempelajari sesuatu yang baharu dapat mempelbagaikan lagi produk yang boleh dijadikan modal untuk menjana pendapatan kepada usahawan bumiputera di negeri ini.

Sehubungan itu pada 12 hingga 14 Oktober lalu, Pejabat Mara Daerah Papar dengan kolaborasi bersama GiatMara Papar dan Sugar telah menganjurkan kursus 'The Art of Dessert' di premis Sugar Cake Putatan.

Seramai 22 orang peserta terdiri pelatih GiatMara Papar, usahawan dan lepasan pelatih GiatMara Papar telah menyertai kursus berkenaan, di mana peserta telah dibimbing oleh tiga orang tenaga pengajar daripada Sugar iaitu Chef Tinah Minsin (Pengarah Sugar), Chef Rafidah Yacob dan Chef Emmalinda Jait.

Dalam kursus ini peserta berpeluang mempelajari dua produk yang mempunyai permintaan tinggi pengguna iaitu Rolled Cake dan 3D Flower Jelly.

Objektif kursus adalah untuk membangunkan komuniti Mara atau komuniti Institut Pengajian Mara (IPMA) dan menambah nilai kemahiran yang sedia ada demi melahirkan usahawan yang berjaya.

MOHD Norwawi (dua kiri) mencuba produk 3D Flower Jelly yang dihasilkan oleh peserta kursus.
MOHD Norwawi (dua kiri) mencuba produk 3D Flower Jelly yang dihasilkan oleh peserta kursus.

Selain itu ianya untuk mendedahkan peserta dengan kemahiran menghasilkan produk yang sedang mendapat permintaan tinggi dan memberikan pendedahan kepada dunia perniagaan bakeri yang sebenar.

Menurut Pegawai Mara Daerah Papar Julita Mohd Yusof, sepanjang tiga hari, para peserta telah mengikuti kelas Rolled Cake Art, kelas 3D Flower Jelly Art, perkongsian kejayaan usahawan berjaya bersama Chef Tinah selaku Pengarah dan pengasas Sugar Cake dan taklimat kemudahan Mara.

"Semoga ilmu yang dipelajari daripada kursus ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh peserta dengan menjadikan ianya sebagai modal produk untuk dijual dan mampu bersaing dengan usahawan lain," tegasnya.

Berucap merasmikan majlis itu Timbalan Pengarah Mara (Pembangunan) Negeri Sabah Mohd Norwawi Ibrahim berkata, pembangunan usahawan dalam kalangan IPMA ini amat digalakkan bagi meningkatkan ekonomi usahawan IPMA khusnya usahawan GiatMara Papar.

"Saya lihat kolaborasi antara Mara dan GiatMara Papar ini baik untuk membangunkan usahawan bumiputera.

Katanya, penganjuran bengkel sebegini amat baik kerana kursus ini ditawarkan dalam kadar yuran yang agak tinggi jika disertai di luar atau swasta berbanding penganjuran oleh pihak GiatMara.

"Saya berharap menerusi kursus sebegini akan lebih ramai usahawan bumiputera kalangan IPMA Mara yang berjaya dalam bidang ini," tegasnya.

CHEF Tinah (dari kiri), bersama Mohd Norwawi, Fazal Baniamin, Riswan Basran, Chef Rafidah Yacob dan Chef Emmalinda Jait.
CHEF Tinah (dari kiri), bersama Mohd Norwawi, Fazal Baniamin, Riswan Basran, Chef Rafidah Yacob dan Chef Emmalinda Jait.

Turut hadir ialah, Pengarah GiatMara Negeri Sabah Mohd Fazal Baniamin, dan Pengurus GiatMara Papar Riswan Basran.

Umi Amirah Afiqah Ali Umar, seorang usahawan dari Kampung Benoni Papar merupakan salah seorang peserta kursus berkata, kursus 'The Art of Dessert' ini sangat baik untuk usahawan-usahawan yang baru ingin bermula untuk berniaga dan menceburi bidang bakeri.

WAKIL peserta menerima sijil disampaikan oleh Mohd Norwawi.
WAKIL peserta menerima sijil disampaikan oleh Mohd Norwawi.

"Ini kerana, produk yang dipelajari boleh dijual dan menjana pendapatan jika ianya dimanfaat dengan sebaiknya," kata anak ketiga daripada enam beradik ini.

Bekas pelatih GiatMara Papar ini berazam untuk membuka sebuah kedai bakeri di Papar.

Umi Amirah turut menasihatkan kepada para belia beliawanis agar tidak membuang masa.

"Walaupun akademik kita tidak cantik di slip keputusan peperiksaan kita, tapi kita boleh menimba kemahiran.

Katanya, kemahiran ini adalah lebih penting dalam kita mendapatkan pekerjaan mahupun mencuba menjadi sebagai seorang usahawan.

Pandangan yang sama turut disuarakan oleh Ramzu Nasri Zulkarnain, seorang tenaga pengajar GiatMara Papar yang diberi peluang menyertai kursus berkenaan.

PARA peserta kursus 'The Art of Dessert' bergambar kenangan bersama tetamu kehormat dan tenaga pengajar.
PARA peserta kursus 'The Art of Dessert' bergambar kenangan bersama tetamu kehormat dan tenaga pengajar.

Katanya, GiatMara adalah salah satu agensi di bawah Mara yang memberikan latihan secara percuma selama enam hingga 12 bulan dan memberi elaun sebanyak RM200 sebulan.

"Jadi ambillah peluang yang ada sebagai platform untuk meningkatkan diri dalam bidang kemahiran dan menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan negara kita mempunya ramai tenaga mahir menjelang tahun 2020," tegasnya.

  • oleh
  • Advertisement