Anda di sini

Hazard ingin kembali bersama Mourinho

Advertisement
HAZARD
HAZARD

LONDON, England: Bintang Chelsea, Eden Hazard, mendedahkan penghargaan beliau kepada pengurus Manchester United, Jose Mourinho dan berkata beliau berminat untuk bekerjasama dengan bekas pengurus Chelsea itu.

Penyerang antarabangsa Belgium itu dibimbing Mourinho di Stamford Bridge untuk lebih dari dua tahun dan menjadi sebahagian dari skuad Chelsea yang memenangi Liga Perdana Inggeris pada 2014/2015.

Bagaimanapun, pada musim seterusnya dicemari prestasi buruk dan laporan hubungan dingin dengan beberapa pemain dan Mourinho, yang melepaskan jawatan pada Disember 2015.

Hazard, yang akan berdepan Mourinho apabila Chelsea melayani kunjungan Man United dalam liga Sabtu ini, mengakui beliau memulakan musim dengan memberangsangkan.

“Dalam 12 tahun, saya hanya mempunyai satu musim yang buruk, enam bulan terakhir di bawah Mourinho dan sebahagiannya adalah kesilapan saya sendiri. Selepas memenangi kejuaraan, kami meminta rehat tambahan dari Mourinho. Saya kembali dengan keadaan tidak cergas,” kata Hazard.

“Imej Mourinho sebagai jurulatih yang gemar bermain secara bertahan adalah tidak benar. Beliau adalah jauh lebih berani menyerang berbanding (pengurus Man City, Pep Guardiola tetapi pada musim di mana kami menjadi juara, kami menjaringkan banyak gol dan bermain dengan baik.”

Hazard menggambarkan musim terakhir di bawah Mourinho sebagai tidak menyenangkan.

“Jika sekarang saya ditanya jurulatih mana yang saya mahu bekerjasama lagi, saya akan berkata: Mourinho.” — Reuters

Advertisement