Anda di sini

HSN Bintulu: Fay Sii juara kategori lelaki terbuka larian 10 km

Advertisement
 Lamat (dua kiri) menyampaikan hadiah kepada Fay.
JUARA: Lamat (dua kiri) menyampaikan hadiah kepada Fay.

BINTULU: Fay Sii muncul juara kategori lelaki terbuka larian 10 kilometer Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Bahagian Bintulu dengan pelepasan peserta bermula di Dewan Suarah Bintulu semalam.

Naib juara dan tempat ketiga masing-masingnya disandang oleh Wallace dan Lai Tai Ming.

Juara kategori wanita terbuka diraih Su Lian Tiing diikuti naib juara dan tempat ketiga Lee Leh Ha dan Joyce Ho.

Bagi kategori lelaki junior juara disandang Alif Zaini, naib juara dan tempat ketiga diraih Tan Wei Wen dan Alvin Cesius.

Kategori wanita junior juara milik Siti Zulhijah, naib juara dan tempat ketiga Nuri Ainsyahira dan Ellesycia Tina.

Hadiah-hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pengarah Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri, Lamat Nyalau.

Turut hadir Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Bintulu Kigen Satong, Pengerusi Persatuan Triathalon Bintulu merangkap pengerusi penganjur, Danny Hii dan Saifulbahry Alwie mewakili Pejabat Residen Bahagian Bintulu.

Lebih 800 peserta menyertai larian anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu, Pejabat Residen dan Daerah Bintulu serta Naim Paragon Street Mall.

Aktiviti lain ialah dart terbuka, aerobaton, futsal amatur lelaki terbuka, PS4 FIFA18, ‘kids ride, game of skate, beach bootcamp dan fribee’ dan penyertaan dianggarkan 5,000 orang.

Advertisement