Anda di sini

MPS periksa aduan penduduk Batu 6

Advertisement
PETER Hii memeriksa permasalahan yang dihadapi seorang penduduk di Batu 6.
PETER Hii memeriksa permasalahan yang dihadapi seorang penduduk di Batu 6.

SANDAKAN: Berikutan aduan daripada seorang penduduk tempatan berhampiran Batu 6 di sini berhubung sebuah projek oleh Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Datuk Peter Hii Chang Lik telah pergi ke tapak itu untuk memeriksa sendiri bersama beberapa kakitangan MPS dan jurutera, pada Selasa.

Menurut Peter Hii, pengadu Lo Man Hing mendakwa bahawa projek yang dilaksanakan oleh SESB melibatkan longkang, jalan dan terowong paip tidak memuaskan.

"Selepas kami memeriksa tapak berkenaan, kami dapati tiada masalah di tapak itu dan projek yang dijalankan oleh SESB telah selesai serta dilaksanakan dengan baik. Lo juga hadir semasa pemeriksaan dan selepas mendengar penjelasan oleh para jurutera, beliau juga bersetuju bahawa tidak ada masalah di tapak berkenaan," katanya.

Beliau berkata pasukan itu kemudian membuat pemeriksaan berhubung aduan Lo di sebuah longkang berhampiran rumahnya, yang dikatakan sempit dan tidak membenarkan aliran lancar.

"Kami telah memeriksa saliran terbabit dan mendapati air dapat mengalir dengan lancar... tidak ada masalah. Kami mencadangkan kepada Lo supaya jika dia melihat keperluan untuk membina semula longkang itu agar menjadi lebih luas, dia harus melakukannya dengan perbelanjaannya sendiri. Pihak majlis dengan senang hati akan memberikan surat penghargaan atas sumbangannya," katanya.

Pada akhirnya, Lo gembira dengan jawapan yang diberikan oleh pihak majlis dan telah bersetuju untuk memperluaskan laluan longkang berhampiran rumahnya dengan perbelanjaan sendiri.

Peter Hii dan rombongan kemudian pergi memeriksa pasar di Bandar Kim Fung Batu 4 dan menerima hanya satu aduan daripada penjaja mengenai paip air yang bocor di pasar itu.

"Saya telah pergi ke pasar berkenaan untuk mendengar aduan dan masalah orang awam. Di situ, terdapat hanya satu aduan (mengenai paip yang bocor) dan kami akan menyelesaikan masalah itu secepat mungkin," katanya.

  • oleh
  • Advertisement