Anda di sini

Hampir enam juta saksi Wany Hasrita dinobat Bintang Paling Popular

Advertisement

ACARA Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31 (ABPBH31) yang telah berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada hari Ahad, 7 Oktober 2018 lalu, disaksikan hampir enam juta penonton.

Acara berprestij tahunan itu bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada penggiat seni tanah air di samping memberi peluang kepada peminat dan pengikut setia BH untuk memilih artis popular dan menyertai malam kemuncak anugerah itu.

 Wany Hasrita dinobatkan sebagai  pemenang Anugerah Bintang Paling Popular selepas meraih undian tertinggi menerusi kategori Penyanyi Wanita Popular dengan 2,052,997. — Gambar TV3
BINTANG PALING POPULAR: Wany Hasrita dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Bintang Paling Popular selepas meraih undian tertinggi menerusi kategori Penyanyi Wanita Popular dengan 2,052,997. — Gambar TV3

Menurut Nielsen Malaysia, ABPBH yang telah bersiaran langsung bermula jam 9 malam hingga 12 tengah malam itu telah ditonton hampir 3 juta penonton secara purata dan hampir 6 juta secara menyeluruh sepanjang hampir tiga jam bersiaran.

Dengan pencapaian itu, ABPBH31 telah memonopoli 41.3% syer waktu udara menandingi pelbagai program-program yang telah ke udara pada waktu yang sama.

Selain daripada bersiaran di  televisyen, ABPBH turut disiar secara langsung di platform digital di saluran Youtube TV3, Berita Harian, Harian Metro, dan New Straits Times. ABPBH telah ditonton hampir 600,000 penonton selama ia bersiaran.

WANY HASRITA
WANY HASRITA

Di samping itu, suapan langsung (Live Feed) itu turut dikongsi di platform media sosial Facebook Berita Harian, dan The New Straits Times, telah meraih 263,646. Manakala, tonton dan tonton xtra telah meraih 140,510 jumlah tontonan, menjadikan jumlah tontonan seluruh saluran digital mencecah 1 juta tontonan.

Pada malam berprestij bertemakan Infiniti itu, Wany Hasrita yang dinobatkan sebagai  pemenang Anugerah Bintang Paling Popular telah berjaya membawa pulang sebuah kereta Citroen Picasso C4 yang berharga RM126,000 serta trofi.

ZUL ARIFFIN & EMMA MAEMBONG
ZUL ARIFFIN & EMMA MAEMBONG
FATTAH AMIN & NUR FAZURA
FATTAH AMIN & NUR FAZURA

Meraih undian tertinggi menerusi kategori Penyanyi Wanita Popular dengan 2,052,997, Wany, 25, mengejutkan ramai apabila berjaya mengalahkan pencabar terdekatnya, Khai Bahar selain menghampakan pemenang tahun lalu, Fattah Amin.

Bertepatan dengan tema Infiniti, ABPBH31 telah berkolaborasi dengan rakan-rakan media rasmi seperti Kool FM dan Hot FM sebagai stesen radio rasmi, tonton sebagai platform digital rasmi, Hijab & Heels sebagai Media Digital Rasmi, dan Apa Kes? sebagai Kapsul Hiburan Rasmi.

Selain itu, kejayaan ABPBH31 tidak akan tercapai tanpa sokongan para penaja, Alha Alfa sebagai Penaja Utama serta Maggi Pedas Giler, Mc Café, Samsung, Habib Jewels, Naza Euro Motor Sdn Bhd, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC),  selaku penaja bersama.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi ABPBH31 di www.abpbh.com.my atau tonton xtra (www.xtra.com.my).

Advertisement