Anda di sini

Pembangunan seimbang bandar, luar bandar penting

Advertisement
JAUJAN (tengah), Ginun (enam kiri) dan Mursidi (enam kanan) merakamkan gambar kenangan bersama peserta bengkel itu.
JAUJAN (tengah), Ginun (enam kiri) dan Mursidi (enam kanan) merakamkan gambar kenangan bersama peserta bengkel itu.

KOTA KINABALU: Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah Sabah (JPBW) harus memperkasakan perancangan pembangunan seimbang bukan sahaja di bandar, tetapi juga luar bandar.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Jaujan Sambakong berkata, pembangunan seimbang luar bandar penting untuk membolehkan rakyat di desa turut menikmati segala kemudahan serta keperluan seperti bekalan air bersih dan perumahan selesa.

"Kerajaan sering melihat jurang tidak seimbang pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar negeri ini.

"Sekiranya kesimbangan pembangunan ini dapat direalisasikan pada masa hadapan, maka ia mampu mengurangkan penghijrahan golongan muda ke bandar, sekali gus mengelak wujud masalah setinggan serta sosial dalam bandar," katanya pada sidang media selepas merasmikan Bengkel Penjenamaan

Semula JPBW sempena Hari Perancangan Bandar Sedunia 2018, di sini.

Beliau berkata, pembangunan luar bandar bukan sahaja dibangunkan secara terancang, tetapi juga perlu menyediakan sektor industri bagi membolehkan peluang pekerjaan diwujudkan.

Jaujan berhasrat agar kesemua 24 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Sabah mampu membangun secara seimbang pada masa hadapan.

  • oleh
  • Advertisement