Anda di sini

Mayat mangsa hilang semasa menjala ikan ditemukan

Advertisement
LOKASI mangsa dipercayai hilang pada Ahad.
LOKASI mangsa dipercayai hilang pada Ahad.

LAHAD DATU: Seorang lelaki pekerja ladang Felda Sahabat 56 yang hilang dipercayai disambar buaya ketika menjala ikan di muara Sungai Sibahat, Sahabat 16, Tungku pada Ahad lalu akhirnya ditemukan mayatnya pada petang Selasa.

Mangsa, Erwin Labban, 32, ditemukan dengan kesan luka di Pantai Bangingod, 30 kilometer dari jarak mangsa dikatakan hilang.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Lahad Datu Abu Bakar Teraji berkata, mayat ditemukan penduduk kampung pada Selasa, kira-kira jam 5.30 petang.

"Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan SAR ditamatkan sejurus penemuan itu," katanya.

Mangsa dilaporkan keluar bersama isterinya untuk menjala ikan kira-kira jam 6 petang di lokasi namun mangsa hilang dipercayai diserang buaya setengah jam kemudian.

  • oleh
  • Advertisement