Anda di sini

Mayat ditemui di dalam pesawat terhempas di lagun Micronesia

Advertisement
 Gambar diperolehi daripada media sosial menunjukkan pesawat Air Niugini yang terhempas di lagun Chuuk, di Weno, Micronesia pada 28 September lalu. — Gambar Reuters
TERHEMPAS: Gambar diperolehi daripada media sosial menunjukkan pesawat Air Niugini yang terhempas di lagun Chuuk, di Weno, Micronesia pada 28 September lalu. — Gambar Reuters

WELLINGTON: Mayat seorang penumpang lelaki ditemui di dalam sebuah kapal terbang penumpang yang melakukan pendaratan kecemasan dan karam di sebuah lagun pada minggu lepas selepas terlepas dari laluan di sebuah pulau terpencil Pasifik, kata pihak berkuasa.

Pesawat Air Niugini Boeing 737-800 telah cuba mendarat di lapangan terbang Weno di Micronesia pada pagi Jumaat namun terlepas sikit dari laluan dan terjatuh ke dalam lagun Chuuk.

Air Niugini pada mula-nya menyatakan semua 35 penumpang dan 12 kru di dalamnya telah berjaya dikeluarkan dengan selamat.

Namun penyelam memeriksa pesawat yang tenggelam telah membuat satu penemuan mengerikan.

“Ia adalah dengan perasaan sangat sedih saya mengesahkan bahawa mayat seorang penumpang lelaki telah ditemui oleh penyelam pada hari ini ketika mereka melakukan pencarian selanjutnya P2-PXE dan kawasan sekitar di lagun Chuuk,” ketua eksekutif Air Niugini Tahawar Durrani menyata-kan dalam satu kenyataan pada lewat kelmarin.

Kerajaan Micronesia berkata penyelam Tentera Laut AS telah menemui mayat dari pesawat tersebut.

Kerajaan berkata sembilan orang tercedera dalam nahas tersebut, empat dalam keada-an kritikal.

Ia menyatakan satu pasukan siasatan dari Federated States of Micronesia telah bekerja dengan pihak berkuasa dari Papua New Guinea dan Amerika Syarikat bagi menentukan punca nahas.

“Rancangan telah dilakukan bagi menemui kotak hitam dari pesawat yang tenggelam,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Air Niugini menyatakan pada Jumaat ia telah dimaklumkan bahawa “cuaca adalah  sangat teruk dengan hujan lebat dan mengurangkan tahap penglihatan pada masa nahas.” — AFP

Advertisement