Anda di sini

Mayat beberapa pelajar ditemui selepas tanah runtuh timbus gereja di Sulawesi

Advertisement
Sulawesi Tengah dihancurkan oleh gempa dan tsunami pada malam Jumaat (28 September), membunuh sekurang-kurangnya 844 orang. - Gambar AFP
Sulawesi Tengah dihancurkan oleh gempa dan tsunami pada malam Jumaat (28 September), membunuh sekurang-kurangnya 844 orang. - Gambar AFP

PALU: Mayat beberapa pelajar telah dikeluarkan dari gereja mereka yang ditimbus oleh tanah runtuh di Sulawesi,  kata pihak berkuasa semalam, ketika satu usaha antarabangsa untuk membantu hampir  200,000 mangsa gempa bumi-tsunami Indonesia yang terdesak dilakukan.

Penemuan itu menambah kepada  angka kematian yang sudah tinggi akibat bencana Jumaat lepas, ketika gempa bumi yang sangat kuat telah menyebabkan tsunami melanda bandar tepi pantai Palu.

Sekurang-kurangnya 844  orang disahkan meninggal dunia, namun pihak berkuasa berkata jumlah itu pastinya akan meningkat – mungkin  kepada ribuan – ketika beberapa komuniti yang terpencil telah dihubungi dan skala bencana menjadi lebih jelas.

Mangsa terselamat sedang berdepan dengan keadaan dahaga dan kelaparan, de-ngan makanan dan air bersih yang kurang, dan beberapa hospital tempatan telah dipenuhi oleh ramai mangsa tercedera.

Di sebuah gereja di tengah Sulawesi yang ditimbus oleh tanah runtuh, pihak Palang Merah telah melakukan pe-nemuan yang mengejutkan.

“Sebanyak 34 mayat ditemui oleh pasukan,” jurucakap Palang Merah Indonesia Aulia Arriani memberitahu AFP, sambil menambah bahawa 86 pelajar  pada mulanya dilaporkan  hilang dari sebuah kem Kitab Injil di Pusat Latihan Gereja Jonooge.

Arriani menyatakan anggota penyelamat telah berdepan dengan satu laluan yang sangat sukar untuk sampai ke kawasan runtuhan lumpur dan menyelamatkan mangsa.

“Masalah yang paling mencabar adalah bergerak dalam lumpur selama 1.5 jam de-ngan berjalan kaki sambil membawa  mayat ke sebuah ambulans,” kata beliau.

Daerah pergunungan Sigi Biromaru adalah salah satu wilayah yang paling terpencil, terletak di tenggara bandar Palu.

Pejabat bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan bagi Pejabat PBB  memberikan amaran kelmarin bahawa terdapat 191,000 orang yang memerlukan bantuan selepas gempa bumi- tsunami, di antara mereka adalah 46,000 orang kanak-kanak dan 14,000 orang warga tua -- kebanyakan di kawasan yang bukannya tumpuan bagi usaha a pencarian oleh kerajaan.

mangsa yang terkorban – masih belum diketahui jumlahnya, mayat mereka masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan – juga mejadi satu sumber kebimbangan pihak berkuasa.

Dalam iklim yang panas dan khatulistiwa di Indonesia, mayat-mayat akan cepat membusuk dan  menjadi satu kawasan pembiakan penyakit berbbahaya.

Di Poboya – di kawasan bukit di atas bandar Palu -- anggota sukarelawan telah mula mengisis sebuah kubur besar dengan mayat, bersama arahan bagi meyediakan pengebumian 1,300 orang mangsa.

Di Balaroa,  sebuah subbandar Palu yang pernah menjadi kediaman bagi sebuah kompleks perumahan, pokok-pokok yang tumbang, cebisan konkrit, bahagian besi bumbung, rangka pintu dan oerbot yang rosak telah kelighatan dari jauh.

Anggota penyelamat sedang mengejar masa, kekurangan peralatan untuk menyelamatkan mereka yang masih terperangkap di bawah runtuhan, dengan seramai 60 orang dikhuatiri sebagai berada di bawah sebuah hotel di Palu.

Dua orang telah dikeluarkan dari Hotel Roa-Roa dengan 80 buah bilik, menurut agensi mencari dan menyelamat di Indonesia, dan masih terdapat ramai yang masih hidup. — AFP

Advertisement