Anda di sini

Colombia perketat undang-undang antidadah

Advertisement
 Gambar serahan Pejabat Media Presiden Colombia menunjukkan Duque menandatangani dekri untuk membanteras                     penyalahgunaan dadah, di istana presiden Narino di Bogota kelmarin. — Gambar AFP
DEKRI: Gambar serahan Pejabat Media Presiden Colombia menunjukkan Duque menandatangani dekri untuk membanteras penyalahgunaan dadah, di istana presiden Narino di Bogota kelmarin. — Gambar AFP

BOGOTA: Presiden Colombia yang baharu dilantik Ivan Duque menandatangani satu dekri kelmarin untuk membanteras pengambilan dadah selepas satu “peningkatan yang mengejutkan” dalam penyalahgunaan bahan secara domestik.

Dekri akan membenarkan pihak polis untuk menyita malah dos ganja yang minimum, mengharamkan ia dari segi undang-undang di negara Amerika Selatan sejak 1994.

“Kami telah menandatangani satu dekri yang memberikan peralatan kepada pihak polis untuk membuang dadah dari jalanan di bandar-bandar kamu, dan sudah pastinya, untuk memusnahkan mana-mana dos,” tegas Duque ketika menandatangani dekri di istana presiden.

Di bawah dekri tersebut, malah jumlah dadah yang sah sekarang boleh dirampas semasa serbuan polis di bebera-pa kawasan awam, dan dadah itu hanya akan dikembalikan sekiranya pengguna boleh membuktikan ketagihan.

Undang-undang di Colombia, pengeluar kokain paling besar di dunia, membenarkan pemilikan lebih satu gram ko-kain bagi kegunaan peribadi, dan sehingga 20 gram ganja. Bagaimanapun, membeli dan menjual dadah adalah haram.

Kumpulan kebebasan awam mengkritik dekri sebagai “tidak berkesan dan memakan kos tinggi” serta menyatakan ia tidak membezakan antara “pengambilan yang bermasalah dan pengambilan secara tertentu atau suka-suka.”

“Ia tidak menyumbangkan solusi kepada masalah dadah dan, sebaliknya, ia menggalakkan diskriminasi dan stigmatasi terhadap orang yang menggunakannya,” kata kumpulan hak asasi DeJusticia.

Walaupun majoriti kokain dihasilkan di Colombia telah diseludup ke Amerika Syarikat dan Eropah, pihak berkuasa telah melaporkan pengambilan dadah domestik yang semakin bertambah.

Presiden mewajarkan dekri dengan berkata terdapat “pe-ningkatan yang mengejutkan bagi pengambilan” dadah di Colombia, walaupun beliau tidak memberikan jumlah.

Duque, seorang konservatif yang dilantik pada 7 Ogos, berkempen sepenuhnya untuk mempertahankan nilai-nilai kekeluargaan tradisional dan membanteras penyeludupan dan penggunaan dadah. — AFP

Advertisement