Anda di sini

Tiada laporan polis berkenaan kes pecah cermin kereta

Advertisement
HABIBI
HABIBI

KOTA KINABALU: Polis belum menerima sebarang laporan polis berhubung rakaman video menunjukkan lelaki memecahkan kereta pacuan empat roda yang menghalang laluan kenderaannya.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata pihaknya sudah dimaklumkan berkenaan rakaman itu dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenalpasti lokasi kejadian sama ada berlaku di sini atau sebaliknya.

“Setakat ini, polis belum menerima laporan polis dari mana-mana pihak termasuk pemilik kenderaan bagi melaksanakan tindakan selanjutnya.

“Sekiranya kejadian berlaku di sini kita akan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan bencana atau Seksyen 506 Kanun Keseksaan disebabkan perbuatan menakutkan secara jenayah,” katanya.

Video berdurasi 1 minit 53 saat itu menunjukkan seorang lelaki memecahkan cermin kereta berkenaan sebelum menurunkan brek tangan lalu dibantu beberapa orang awam mengalihkan kenderaan yang dipercayai menghalang laluan itu.

  • oleh
  • Advertisement