Anda di sini

Pengedar, tiga penagih ditahan dalam serbuan

Advertisement
SYABU seberat 50.12 gram yang dirampas daripada pengedar dan tiga penagih dadah di Kg Kabunau Kuala Penyu.
SYABU seberat 50.12 gram yang dirampas daripada pengedar dan tiga penagih dadah di Kg Kabunau Kuala Penyu.


BEAUFORT: Polis berjaya menahan empat individu masing-masing pengedar dan tiga penagih termasuk dua wanita dalam dua serbuan berasingan di Kuala Penyu, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata tangkapan pertama membabitkan seorang penganggur berumur 27 tahun.

“Suspek ditahan di kawasan tokong Kampung Kabunau semasa anggota polis menjalankan Ops Tapis kira-kira jam 3 petang pada 30 September lalu.

“Semasa mahu diperiksa, suspek bertindak agresif dengan cuba melawan anggota polis agar dapat melarikan diri,” katanya.

Beliau berkata tindakan pantas polis bagaimanapun berjaya menahan suspek dan sebaik diperiksa pihaknya menemukan bungkusan plastik mengandungi hablur jernih di dalam kotak rokok di poket seluar suspek.

“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat dadah jenis syabu seberat 50.12 gram yang dianggarkan bernilai RM5,000 pada harga pasaran tempatan.

“Suspek yang positif dadah itu kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort untuk disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya.

PENAGIH wanita berumur 32 tahun yang memiliki syabu seberat 0.57 gram.
PENAGIH wanita berumur 32 tahun yang memiliki syabu seberat 0.57 gram.

Sementara itu, Azmir berkata dalam serbuan di lokasi sama, pihaknya berjaya menahan tiga penagih termasuk dua wanita berumur 18 hingga 32 tahun.

“Kesemua suspek yang dalam keadaan mencurigakan ditahan di dalam sebuah kereta jenis sedan selepas dipercayai wujudnya transaksi dadah.

“Pemandu lelaki turut bertindak agresif semasa diperiksa dan hasil tangkapan berjaya merampas 0.57 gram syabu di dalam beg tangan suspek wanita berumur 32 tahun,” katanya.

Tambahnya kesemua penagih disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan 15(1)(a) ADB 1952.

  • oleh
  • Advertisement