Anda di sini

KBS komited beri khidmat terbaik

Advertisement
WASITAH (dua kiri) menyampaikan sijil kepada penerima  Anugerah Graduan Cemerlang Keseluruhan Ivan Joannes.
WASITAH (dua kiri) menyampaikan sijil kepada penerima Anugerah Graduan Cemerlang Keseluruhan Ivan Joannes.

Mahu jadikan graduan ILKBS sebagai pilihan utama majikan

KOTA KINABALU: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) akan terus memberikan perkhidmatan terbaik dalam menyediakan latihan dan kemahiran kepada belia-belia di negara ini.

"Kita mahu menjadikan graduan ILKBS sebagai pilihan utama majikan dengan tawaran gaji yang lebih menarik dan peluang pelajaran yang lebih luas.

Ketua Pengarah  Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (KBS) Malaysia, Dato' Dr. Hajah Wasitah Hj.Mohd Yusof berkata, melalui Program Pemerkasaan Transformasi (ILKBS) 2017- 2020, pelbagai inisiatif telah dirangka untuk dilaksanakan termasuklah menjalin kerjasama dan persefahaman dengan pihak industri.

 Ivan Joannes (dari kanan), Siti Zarina Mangkasar dan Aedrick Agus penerima anugerah cemerlang sempena Konvokesyen IKBN 2018 itu.
IVAN Joannes (dari kanan), Siti Zarina Mangkasar dan Aedrick Agus penerima anugerah cemerlang sempena Konvokesyen IKBN 2018 itu.

Menurutnya, sehingga Julai 2018 sebanyak 41 MoU peringkat nasional dan 192 MoU peringkat ILKBS dimetrai dan daripada jumlah itu 13 daripadanya adalah dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut.  

Tambahnya, melalui inisiatif yang telah dilaksanakan, kadar kebolehpasaran Graduan ILKBS di IKBN Kinarut sebanyak 90.7 peratus yang mana mereka mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat latihan.

"Ini jelas menunjukkan usaha yang dilaksanakan telah melonjakkan bidang latihan kemahiran di ILKBS selari dengan usaha kerajaan menjadikan aliran kemahiran sebagai pilihan utama kepada belia Malaysia," katanya.

Selain itu katanya, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) akan melaksanakan projek rintis Smart Factory IR 4.0 pada tahun ini melibatkan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh, Sepang dan Bukit Mertajam sebagai persediaan menghadapi cabaran baharu dalam era Revolusi Industri 4.0.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvokesyen IKBN Kinarut kali ke-11 di Kinarut Papar, pada Sabtu.   

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah BPKB Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia Dr. Ir. Azmi Ahmad, dan Pengarah IKBN Kinarut Razali Mohamad.

Dalam majlis ini, seramai 306 graduan dianugerahkan Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia yang melibatkan bidang Teknologi Elektrik, Penyejukbekuan dan Penyaman Udara, dan bidang Binaan Bangunan dan Pelukis Pelan.

Konvokesyen pada hari  ini menyaksikan tiga orang penerima Anugerah Graduan Cemerlang di mana Ivan Joannes dianugerahkan Graduan Cemerlang Keseluruhan, manakala Aedrick Agus dan Azalan Abdul Majid Graduan Cemerlang.

PARA graduan bersama ibu bapa sempena majlis sempena Konvokesyen IKBN Kinarut 2018 itu.
PARA graduan bersama ibu bapa sempena majlis Konvokesyen IKBN Kinarut 2018 itu.

Turut disampaikan ialah penerima Anugerah Usahawan Cemerlang Lepasan IKBN Kinarut iaitu kepada Siti Zarina Mangkasar.

 Sementara itu Graduan Cemerlang yang ditemui gembira dan bersyukur kerana dapat menjayakan pengajian dengan cemerlang.

Ivan Joannes (Graduan Cemerlang Keseluruhan), 20, berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan, melahirkan rasa sangat banga dengan kejayaan sendiri selama belajar di IKBN KInarut.

Anak kedua dalam lima adik beradik ini gembira dapat mengumpulkan semangat yang baharu untuk dunia luar dengan pelbagai cabaran dan dugaan bagi mendapatkan kerjaya yang terbaik.

Mengikuti Sijil Teknologi Awam Lukisan Senibina selama setahun setengah, Ivan kini bertugas sebagai pelukis pelan di Syarikat Ikhlas Perunding, Luyang, Damai di sini.

"Bagi belia yang berminat dalam bidang ini, saya mengsyorkan mereka untuk memilih masuk IKBN Kinarut kerana di sini mempunyai potensi yang tinggi untuk mendapatkan kepercayaan oleh pihak industri bila keluar nanti," tegasnya.

Aedrick Agus (Graduan Cemerlang), 22,  anak pertama daripada empat adik beradik dari Kampung Minansud, Bingkor Keningau, melahirkan rasa gembira apabila perjuangannya mengikuti latihan di IKBN Kinarut tidak sia-sia.

WASITAH (dua kiri) bersama Dr. Ir. Azmi Ahmad (tiga kiri), dan Razali Mohamad (kanan) berbual bersama graduan penerima anugerah cemerlang di luar dewan.
WASITAH (dua kiri) bersama Dr. Ir. Azmi Ahmad (tiga kiri), dan Razali Mohamad (kanan) berbual bersama graduan penerima anugerah cemerlang di luar dewan.

Dia yang menerima Sijil Teknologi Elektrik Penyejukbekuan Dan Penyaman Udara Domestik kini merupakan seorang usahawan dalam bidang berkenaan.

Katanya, sebelum menjadi seorang usahawan beliau telah bekerja makan gaji seketika untuk menimba pengalaman dan besic yang diperolehi daripada IKBN dan pengalaman bekerja dijadikannya sebagai modal untuknya memulakan usaha sebagai usahawan.

TENAGA pengajar IKBN Kinarut merakamkan album kenangan bersama pelatih di salah satu gerai pameran.
TENAGA pengajar IKBN Kinarut merakamkan album kenangan bersama pelatih di salah satu gerai pameran.

"Apa yang penting kita perlu berani ambil risiko untuk buat kerja sendiri. Untuk berjaya, kita perlu berani ambil risiko.

"Kalau kita tidak berani ambil risiko, kita tidak tahu bagaimana masa hadapan kita," katanya ketika ditanya tentang tips kejayaannya.

  • oleh
  • Advertisement