Anda di sini

Ratusan rakyat Ukraine bantah serangan semakin meningkat terhadap aktivis

Advertisement

KIEV: Beratus-ratus rakyat Ukraine membuat bantahan di luar pejabat presiden di Kiev kelmarin selepas seorang penganjur kempen antirasuah mengalami kecederaan serius dalam satu serangan senjata di negara bekas Soviet.

Serangan terhadap ahli politik antirasuah Oleg My-khailyk pada Sabtu lepas merupakan insiden terbaharu dalam satu rangkaian serangan terhadap aktivis dan pengkritik kerajaan di sekitar Ukraine.

Mykhailyk, ketua bagi cawangan parti Kuasa Rakyat di bandar selatan Odessa, meng-alami kecederaan akibat tembakan dan telah dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal selepas serangan oleh penyerang yang tidak dikenali pada Sabtu lepas.

Beliau telah beberapa kali menganjurkan bantahan terhadap datuk bandar Odessa Gennadiy Trukhanov, me-nuduhnya terlibat dengan rasuah.

Aktivis telah mengira lebih 50 serangan yang disasarkan terhadap pengkritik pihak berkuasa sejak permulaan tahun 2017, ketika tiada sesiapa yang telah dibawa ke muka pengadilan.

“Kami menuntut siasatan segera dan efektif menge-nai... serangan terhadap pihak aktivis,” menurut satu kenyataan yang ditanda-                   tangani oleh wakil bagi beberapa organisasi bukan kerajaan untuk antirasuah dan hak asasi manusia.

Sebahagian penunjuk pe-rasaan di Kiev telah meme-gang poster yang bertulis: “Kami telah dimusnahkan” dan “Berdiam diri membunuh”.

“Pihak berkuasa di Kiev seharusnya memberikan satu isyarat yang jelas terhadap kumpulan yang mengawal wilayah yang mereka harus hentikan,” Vitaliy Ustymenko, seorang lagi aktivis dari Odessa yang beliau sendiri telah menjadi mangsa kepada satu serangan pada Jun, memberitahu perhimpunan seramai kira-kira 300 orang.

Hanya selepas satu bantahan umum, yang disuarakan melalui permintaan oleh Presiden Petro Poroshenko kepada beberapa agensi penguatkuasaan undang-undang agar mencepatkan siasatan, baharulah sebuah kumpulan penyiasat dihantar ke Odessa.

Pada Selasa lepas, polis mengesahkan tiga orang telah ditahan kerana disyaki cuba membunuh Mykhailyk.

Antara keganasan kejam baru-baru ini, penganjur kempen antirasuah Kateryna Gandzyuk mengalami kece-deraan serius dalam serangan asid pada lewat Julai di bandar selatan Kherson.

Pada 2017, mayat aktivis hak asasi manusia Iryna Nozdrovska telah ditemui dengan kesan tikaman di sebatang sungai di luar Kiev. — AFP

Advertisement