Anda di sini

Ligue 1: PSG mencipta rekod dengan kemenangan ketujuh berturut-turut

Advertisement
 Cavani (kanan) menjaringkan gol ketiga PSG pada aksi liga menentang Reims di Parc des Princes, Paris pada Rabu lepas. — Gambar Reuters
GEGAR JARING: Cavani (kanan) menjaringkan gol ketiga PSG pada aksi liga menentang Reims di Parc des Princes, Paris pada Rabu lepas. — Gambar Reuters

PARIS, Perancis: Paris Saint Germain (PSG) mencipta rekod baharu Rabu lepas apabila kemenangan 4-1 ke atas Reims membolehkan mereka mencipta kemenangan ketujuh berturut-turut musim ini dan membuka jurang kelebihan lapan mata di tangga teratas Ligue 1 Perancis.

Dengan 21 mata maksima, jurulatih baharu PSG, Thomas Tuchel, mengatasi rekod terbaik sebelum ini dengan 19 mata oleh bekas jurulatih Unai Emery musim lepas.

PSG boleh mencipta satu lagi sejarah Sabtu ini di mana kemenangan ke atas Nice akan membolehkan mereka menyamai rekod terbaik lapan kemenangan berturut-turut yang dicipta kelab Lille pada awal musim 1936/1937.

Kehilangan Lassana Diarra kerana kecederaan dan Kylian Mbappe kerana kecederaan, PSG ketinggalan seawal minit kedua apabila Xavier Chavalerin membuka jaringan pada perlawanan di Parc des Princes.

Tetapi Edinson Cavani mengikat kedudukan dua minit kemudian dan memperolehi satu tendangan penalti minit ke-24 yang disempurnakan Neymar.

Cavani menjaringkan gol kedua peribadi sebelum rehat dan Thomas Meunier melengkapkan jaringan selepas menerima umpanan Moussa Diaby.

Moussa Dembele menjaringkan dua gol pertama untuk Lyon dalam tempoh dua minit di Dijon ketika pasukannya menang 3-0, sekali gus melonjak kelab ke tangga kedua liga.

Dembele, yang tiba dari Celtic pada 31 Ogos, membuka jaringan pada minit ke-17 sebelum menambah gol kedua dua minit kemudian.

Martin Terrier melengkapkan jaringan pada minit ke-35.

Lyon kini mengumpul 13 mata dari tujuh perlawanan, lapan mata di belakang PSG.

Lille, yang memulakan perlawanan dengan berada di tangga kedua, tewas 0-1 di Bordeaux menerusi gol Francois Kamano.

Dua pasukan lain

Pada perlawanan lain, Montpellier seri 2-2 dengan Caen sementara Marseille menang 3-2 ke atas Strasbourg menerusi gol minit akhir. — AFP

Advertisement