Anda di sini

Dua universiti awam Borneo jalin kerjasama

Advertisement
 Kadim (empat kiri) dan Kamarudin bertukar dokumen memorandum persefahaman sambil disaksi tetamu kehormat lain.
KERJASAMA: Kadim (empat kiri) dan Kamarudin bertukar dokumen memorandum persefahaman sambil disaksi tetamu kehormat lain.

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi membangunkan Pusat Pemulihan Bencana IT (DRC).

Naib Canselor UNIMAS Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata, kerja-sama itu memberi manfaat dalam aspek perkongsian sumber ruang dan tenaga pakar serta penjimatan kos pembangunan DRC.

“Dengan adanya kerjasama ini, UNIMAS akan mengguna pakai ruang Pusat Data UMS sebagai DRC dan begitu juga sebaliknya UMS akan mengguna pakai ruang Pusat Data UNIMAS sebagai DRC.

“Cadangan skop kerjasama daripada MoU ini antara lain untuk menyediakan ruang untuk ‘jentera pelayan soko-ngan’, perkhidmatan guna sama lain secara timbal balas seperti sistem rangkaian, utiliti, penyelenggaraan, perhubungan, keselamatan dan akses fizikal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatangani MoU antara UNIMAS dengan UMS di Rumah Universiti UNIMAS di sini semalam.

Kadim menambah, me-nerusi MoU itu juga, kedua-dua pihak akan bersama bertanggungjawab ke atas perkakasan yang disediakan oleh universiti masing-ma-sing.

Jelasnya lagi, dengan pelaksanaan DRC secara timbal balas ini, UNIMAS dan UMS hanya memerlukan peruntukan bagi perolehan perkakasan dan perisian sistem serta lesen perisian sahaja.

“Bagi pihak UNIMAS, inisiatif dapat menjimatkan kos pengubahsuaian ruang Pusat Data termasuk kerja M&E yang dianggar sekitar RM8 juta,” katanya.

Mengulas tentang DRC, Kadim berkata ia merupakan satu keperluan kritikal kepada setiap organisasi bagi menjamin ketersediaan perkhidmatan, sistem dan data semasa berlakunya bencana di luar jangkaan.

Selain itu, menurutnya, DRC juga berfungsi sebagai Pusat Sokongan Data semasa kerja penyelenggaraan dan naik taraf perkakasan sistem dijalankan.

Sementara itu, Naib Can-selor UMS Datuk Dr D Kamarudin D Mudin berkata, dengan adanya DRC, urusan UMS masih dapat berjalan seperti biasa dan terjaga sekiranya terjadi sebarang bencana atau perkara yang tidak diingini berlaku.

“Untuk makluman, buat masa ini UMS mempunyai fasiliti ICT yang agak terhad, namun dengan kerjasama reciprocal ini, ia memberi ruang kepada UMS untuk membangunkan DRC yang sempurna tanpa peningkatan kos dalam penyediaan operasi.

“Diharap lebih banyak kerjasama dapat dilaksanakan bersama dalam pelbagai bidang memandangkan UMS dan UNIMAS adalah dua universiti awam yang terletak di Pulau Borneo ini,” ujarnya.

  • oleh
  • Advertisement