Anda di sini

Abang ‘ratah’ adik kandung

Advertisement
 Suspek diiringi pegawai polis semasa menunggu perbicaraan di Mahkamah Kota Samarahan semalam.
KE MUKA PENGADILAN: Suspek diiringi pegawai polis semasa menunggu perbicaraan di Mahkamah Kota Samarahan semalam.

SERIAN: Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara 22 tahun dan tiga sebatan semalam atas kesalahan merogol adik kandungnya di sebuah kampung di Batu 27 di sini pada 7 September lepas.  

Majistret Afidah Abdul Rahman menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, 23, mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan.

Afidah yang menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 12 tahun serta tiga sebatan untuk dua pertuduhan itu, mengarahkan ia dijalankan secara serentak, bermula semalam.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Tengku Najihah Tengku Zahari, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serian DSP Aswandy Anis berkata, kes itu terbongkar selepas mangsa yang berusia 14 tahun mengadu kepada ibu angkatnya pada 9 September bahawa dia dirogol oleh abang kandungnya ketika tidur semasa bermalam di rumah ibu kandung mereka pada 7 September.

Katanya, mangsa mendakwa dia diajak suspek untuk menonton televisyen di ruang tamu kediaman ibu kandung mereka sebelum peristiwa pahit tersebut berlaku.

“Mangsa bermalam di rumah ibu kandungnya dan semasa kejadian mangsa mendakwa dia diajak oleh suspek untuk menonton televisyen bersama-sama sebelum dia terlelap dan peluang itu digunakan suspek untuk melakukan perbuatan terkutuk tersebut.

“Menyedari kejadian tersebut, mangsa yang cuba melawan bagaimanapun diugut akan dicederakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tambahnya suspek berjaya ditangkap sebaik sahaja laporan polis berhubung kejadian dibuat, manakala mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Serian untuk menjalani pemeriksaan.

  • oleh
  • Advertisement