Anda di sini

Shafie terima kunjungan hormat Menteri Sumber Manusia

Advertisement
SHAFIR (kanan) berbincang sesuatau bersama Kulasegaran sempena kunjungan itu.
SHAFIE (kanan) berbincang sesuatu bersama Kulasegaran sempena kunjungan itu.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Haji Apdal menerima kunjungan bormat Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran bagi membincangkan beberapa perkara berhubung kait dengan masalah buruh.

Beliau berkata, perbincangkan itu bukan sahaja dari segi perundangan bahkan membicangkan bagaimana usaha untuk menarik lebih ramai pelabur dan juga menyediakan peluang pekerjaan kepada anak Sabah.

"Bukan hanya dari segi latihan, kepakaran dan kebolehan dalam berbagai bidang bahkan juga dari segi gaji yang yang membolehkan mereka menampung kehidupan.

Di samping itu dari segi kemudahan asas iaitu pekerja-pekerja yang ada boleh ditempatkan dengan keadaan yang selesa, dari segi bukan hanya perumahan tetapi juga berbagai mencakupi ditempat mereka bekerja," katanya.

Selain itu katanya, ada juga hubung kait di beberapa perjanjian di peringkat antarabangsa yang memerlukan beberapa perubahan dari segi undang-undang negara, dan ia juga berhubung kait dengan perubahan undang-undang ordinan di peringkat negeri Sabah.

"Kita akan selaraskan perkara ini untuk membolehkan perundangan yang ada selari dengan undang-undang yang ada di peringat pusat dan di peringkat negeri supaya kita dapat menggalakkan seramai mungkin pelabur datang.

Ini merupakan satu waktu yang cukup penting bagi kita untuk membuat satu pendekatan yang baru agar kita dapat menyusun atur pekerja-pekerja kita yang ada dalam negara," katanya.   

  • oleh
  • Advertisement