Anda di sini

Kebolehan berkomunikasi BI tingkat kebolehpasaran kerja graduan TVET

Advertisement
 

BAGI memastikan politeknik dan Kolej Komuniti dapat melahirkan graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berkualiti, Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan amat yakin bahawa kemampuan dan kebolehan para pelajar berkomunikasi dalam bahasa Inggeris (BI) penting, terutama bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka mendapatkan pekerjaan.

Oleh itu, JPPKK komited memperkasa para pelajarnya melalui pembelajaran formal atau tidak formal, pembudayaan pembelajaran sepanjang hayat dan meningkatkan penglibatan aktif dengan industri dan komuniti bagi memastikan lulusannya seimbang, holistik dan berkualiti memenuhi kehendak pasaran semasa.

Hal tersebut dinyatakan pada Majlis Perasmian Penutupan Borneo English Language Festival (BELFest2018) Politeknik & Kolej Komuniti yang disempurnakan oleh Pengarah Kanan (Akademik) JPPKK Zainab Ahmad di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kuching Sarawak (PKS), baru-baru ini.

Mengulas tentang BELFest2018, program ini yang dianjur bersama Bahagian Kurikulum (BK) PKS dan Bahagian Ambilan & Pembangunan Pelajar (BAPP), JPPKK memfokuskan kepentingan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar politeknik dan Kolej Komuniti.

 

BELFest2018 disertai seramai 128 pelajar politeknik dan Kolej Komuniti di Sarawak dan Sabah iaitu PKS, Politeknik Mukah Sarawak (PMU), Politeknik METrO Betong Sarawak (PMBS), Kolej Komuniti Kuching, Kolej Komuniti Mas Gading, Kolej Komuniti Santubong, Politeknik Kota Kinabalu, Sabah (PKK), Politeknik Sandakan Sabah (PSS) dan Kolej Komuniti Sandakan serta jemputan Politeknik Malaysia dari zon-zon di Semenanjung.

Pemilihan Sarawak dan Sabah sebagai lokasi penganjuran program sejak tahun lalu adalah kerana kedua-dua negeri ini terkenal dengan kepelbagaian kaum dan budaya serta dipercayai bahasa Inggeris banyak digunakan sebagai bahasa komunikasi harian.

Zainab mengulas dalam ucapannya bahawa selain aktiviti-aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan dalam bahasa Inggeris, pelajar juga didedahkan secara langsung dan tidak langsung berkomunikasi dalam bahasa tersebut semasa menguruskan semua perkara terutama apabila berurusan dengan pihak-pihak yang bekerjasama pada penganjuran festival kali ini.

Beliau seterusnya mengucapkan penghargaan kepada pihak yang bekerjasama seperti Malaysian English Language Teaching Association (MELTA), Riverside Majestic Hotel, Grand Margherita Hotel, Astana Wing, PoliKu Speech & Debate Club dan semua jawatankuasa dan urus setia di peringkat PKS.

 

Beliau berharap festival ini memberi manfaat untuk meningkatkan tahap keyakinan, kebolehan dan kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang BELFest2018 ialah ‘Language Explore Race’, ‘Bengkel Way With Words’ dan ‘Public Speaking Competition & Way With Words Competition’ yang berlangsung di Kampus PKS dan Tebingan Kuching di Kuching.

Bagi kategori ‘Public Speaking (Prepared Speech)’ pemenang pertama ialah Brandon Rickson Aun Wiqnnerson (PKS), manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Yuvarani Rajendran (Politeknik Zon Selatan) dan Alvin Benedict Chan (PKS).

Bagi kategori ‘Public Speaking (Impromptu Speech)’ Khalaivahsyini Nyanasegaran (Politeknik Zon Selatan) menduduki tempat pertama, manakala Nusrath Irfanah Mohd Liaqat Ali Khan (Politeknik Zon Utara) dan Brandon Rickson Aun Wiqnnerson (PKS) masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga.

 

Pasukan yang terdiri daripada Priscilla Dayang Jack, Nursyuwari Jainuddin dan Mohd Qandil Cheang Yew Heng dari Politeknik METrO Betong menduduki tempat pertama setelah mengalahkan pasukan dari Politeknik Sandakan Sabah yang terdiri daripada Tinessha Paramasivam, Ganeshwaran Ramesh dan Khairulizzwan Sharin dan pasukan Politeknik Kota Kinabalu Sabah yang diwakili Nurerfarina Famizah Mohd Razali, Edelyn Villamor dan Muhd Hafiezul Bahar dalam kategori Way With Word.

Politeknik Sandakan Sabah dan Politeknik Kota Kinabalu Sabah masing-masing meraih tempat kedua dan ketiga.

Pada majlis itu juga, Zainab memuji inisiatif PKS mewujudkan komuniti kelab debat dan pengucapan awam yang dinamakan PoliKu Speech & Debate Club sehingga berjaya menganjurkan beberapa siri pertandingan melibatkan penyertaan antarabangsa seperti ‘Serapi Debating Championship’ (SDC2018), baru-baru ini.

Pertandingan dengan format British Parliamentary yang berlangsung di PKS itu disertai 20 pasukan debat dari institusi-institusi seperti Politeknik Tonggak Equator (Indonesia), UNIMAS, UiTM, Lodge International School, SMK Sg Tapang, Intrxt, Swinburne University, Lim Kok Wing University dan PKS sendiri.

Turut hadir pada majlis BELFest2018 ialah Pengarah Bahagian Kurikulum JPPKK Noor Aidi Nadzri, Pengarah PKS Kamaludin Daud, Pengarah Unit Komunikasi & Hubungan Korporat (JPPKK) Yahurin Yassin, Timbalan Pengarah (Akademik) PKS Chow Tio Kiong, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PKS Mohamad Khirudin Amdan serta pengarah-pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Sarawak dan Sabah.

  • oleh
  • Advertisement