Anda di sini

Perkasa suara belia tanpa kira politik

Advertisement
SYED ketika menyampaikan sesi dialog bersama belia-belia Sabah yang hadir pada 'Program Unlocking The Power of Youth People' di sini hari ini.
SYED ketika menyampaikan sesi dialog bersama belia-belia Sabah yang hadir pada 'Program Unlocking The Power of Youth People' di sini hari ini.

KOTA KINABALU: Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tekad dengan pendiriannya untuk memperkasakan suara belia tanpa mengira fahaman politik.

Katanya, ia sudah menjadi tanggungjawab beliau selaku pemimpin muda yang mewakili suara belia untuk membuang jurang antara belia dengan mana-mana parti politik.

"Saya nak pecahkan 'Taboo' itu dan ini menjadi tanggungjawab saya.. tapi bila sudah pecahkan saya tidak boleh 'bias' hanya kepada parti politik saya sebab anak muda boleh menyertai mana-mana parti.

"Jika mereka tidak menyertai, maksudnya masa hadapan negara itu akan terus dirangka oleh mereka yang lebih tua dari kita dan mungkin tidak mewakili citarasa kita," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas berucap dalam sesi dialog 'Program Unlocking The Power of Youth People' di sini, hari ini.

Syed berkata, beliau juga bercadang untuk berbincang bersama pemimpin-pemimpin parti lain untuk bersama melaksanakan siri jelajah bagi menyampaikan mesej berkenaan.

Sehubungan itu, beliau berharap semua ahli parlimen muda tidak kira mana-mana parti politik untuk duduk bersama mencari titik persamaan.

Terdahulu, sesi dialog bersama belia di Sabah adalah anjuran pertama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk memberi peluang suara anak muda berkongsi dan memberi pandangan untuk merancang masa hadapan Malaysia Baharu.

Hadir sama ialah Menteri Belia dan Sukan Sabah Frankie Poon Ming Fung.

  • oleh
  • Advertisement