Anda di sini

Pusat Khidmat DUN N.3 Tanjong Datu anjur pertandingan azan kanak-kanak

Advertisement
 Jamilah merakamkan kenangan bersama pemenang dan peserta pertandingan azan kanak-kanak pada majlis sempena sambutan Maal Hijrah Peringkat Tanjong Datu di Lundu, baru-baru ini.
UNTUK ALBUM: Jamilah merakamkan kenangan bersama pemenang dan peserta pertandingan azan kanak-kanak pada majlis sempena sambutan Maal Hijrah Peringkat Tanjong Datu di Lundu, baru-baru ini.

KUCHING: Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) N.3 Tanjong Datu baru-baru ini menganjurkan Pertandingan Azan Kanak-Kanak Bawah 12 tahun bagi kawasan Lundu.

Program itu turut mendapat kerjasama Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Daerah Lundu dan Lembaga Amanah Kebajikan Islam Lundu (LAKIL).

Seramai 22 orang menyertai pertandingan itu yang diadakan sempena sambutan Maal Hijrah 2018 /1440H di Surau Darul Iman, Kampung Sempadi, Lundu dekat sini.

Objektif penganjuran program ini adalah untuk membimbing dan memberi pendedahan kepada kanak-kanak melaungkan azan pada usia muda selain mendidik mereka mengenai teknik-                             teknik suara, sebutan dan lagu azan yang betul.

Pertandingan azan ini dimulakan kira-kira jam 10 pagi dan selepas itu, ceramah bertajuk ‘Penghijrahan dari Kejahilan Aqidah’ oleh Ustaz Hasfa Bakhry Hassan dari Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak serta persembahan qasidah dari SK Bumiputera Lundu dan Kampung Semunin Jaya.

Tetamu kehormat yang menyerikan majlis pertandi-ngan tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Nege-ri (ADUN) Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu.

Hadir sama, Pegawai Dae-rah Lundu Awang Putra Yusry Awang Redzuan dan Setiausaha LAKIR Norashikin Ibrahim.

Sementara itu, pertandi-ngan itu dimenangi Hasmirul Hasbi, manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing disandang oleh Mohd Azzy Petra Satria dan Nafazril Zain.

Turut diadakan ialah pe-nyampaian sijil penghargaan kepada penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Tanjong Datu.

Mereka ialah Ustaz Razak Mustafa, Jamsari Ahmad, Penghulu Jumahdi Sebian, Penghulu Mahyan Suaidi, Penghulu Sarkawi Nawi, Penghulu Rabael Bujang dan Kaunselor Fatimah Abdullah.

Advertisement