Anda di sini

KRT Kubong proaktif laksana program agar terus relevan

Advertisement
 Faezatuleka (lima kiri) dirai oleh Yusop (kiri), Rose (empat kanan) dan ahli KRT Kubong pada sambutan Hari Kemerdekaan, baru-baru ini.
RAI BERSAMA: Faezatuleka (lima kiri) dirai oleh Yusop (kiri), Rose (empat kanan) dan ahli KRT Kubong pada sambutan Hari Kemerdekaan, baru-baru ini.

KAWASAN Rukun Tetangga (KRT) Kubong di Limbang proaktif dalam melaksanakan program setempat bagi memastikan peranan KRT terus relevan dan dihargai masyarakat.

Pelbagai program diadakan bagi memastikan fungsi KRT dapat dimainkan agar tidak hanya tinggal nama dan tidak bermakna lagi.

Bagi tujuan itu, pelbagai aktiviti diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan baru-baru ini.

Antara aktiviti yang diadakan ialah pertandingan mewarna dan doa selamat memotong kek sempena hari jadi ahli Jiran Muda Faezatuleka Ali Kassim.

Majlis disempurnakan oleh Penasihat KRT Kubong Yusop Dollah.

 Aktiviti membungkus daging kerbau dilakukan sebelum diagihkan kepada penduduk kampung.
KORBAN: Aktiviti membungkus daging kerbau dilakukan sebelum diagihkan kepada penduduk kampung.

Turut hadir ialah Pengerusi KRT Kubong Mohamad Azmi Jurut, setiausaha Rose Ahmet dan jawatankuasa penganjur lain.

Terdahulu program gotong-royong melapah daging korban turut diadakan di pekarangan Surau Darussalihat Kampung Sungai Poyan.

Seekor kerbau sumbangan PIBG SMK Kubong dan tiga kambing akikah daripada keluarga Mohd Saiful Ibrahim Khoo ditumbangkan untuk diagihkan kepada penduduk kampung.

  • oleh
  • Advertisement