Anda di sini

Penemuan anjing Labrador selamatkan lelaki dari hukuman penjara 50 tahun

Advertisement
 Gambar serahan Oregon Innocence Project (OIP) menunjukkan Horner dan isterinya Kelli berjalan keluar dari Penjara Daerah Deschutes di Bend,              Oregon pada 3 Ogos lalu selepas anjing Labrador bernama Lucy (kanan), yang dia dituduh membunuhnya dalam kes mencabul secara seksual anak perempuannya, dijumpai masih hidup. — Gambar Jenny Coleman/Lis Christon/AFP
MASIH HIDUP: Gambar serahan Oregon Innocence Project (OIP) menunjukkan Horner dan isterinya Kelli berjalan keluar dari Penjara Daerah Deschutes di Bend, Oregon pada 3 Ogos lalu selepas anjing Labrador bernama Lucy (kanan), yang dia dituduh membunuhnya dalam kes mencabul secara seksual anak perempuannya, dijumpai masih hidup. — Gambar Jenny Coleman/Lis Christon/AFP
 

LOS ANGELES: Penemuan seekor anjing Labrador membawa kepada pembongkaran kes terhadap seorang lelaki Amerika Syarikat yang dipenjara selama 50 tahun kerana mencabul anak perempuannya, yang mendakwa bapanya telah membunuh anjing itu untuk menakutkannya supaya dia diam.  

Joshua Horner, 42, seorang tukang paip dari negeri barat Oregon, disabit kesalahan pada April tahun lepas atas tuduhan melakukan serangan seksual ke atas mangsa bawah umur oleh juri yang gagal mencapai keputusan sebulat suara.

Anak perempuan Horner memberikan keterangan sewaktu perbicaraan bahawa bapanya mengugut untuk mencederakan haiwan peliharaannya jika dia memberitahu polis, dan bapanya menembak anjingnya Lucy di hadapannya untuk membuktikan ugutannya adalah serius.

Bagaimanapun anjing itu     dijumpai masih hidup dan tinggal bersama pemilik baharu oleh Oregon Innocence Project (OIP), sebuah orga-nisasi undang-undang tidak mencari keuntungan yang bersetuju untuk menyemak semula kes bagi pihak Horner.

Horner menegaskan dia tidak mengapa-apakan Lucy dan mencari anjing itu akan membuktikan dia tidak bersalah dan anak perempuannya telah melakukan pemboho-ngan bersumpah.

Pegawai dari Innocence Project berkata anjing Labrador itu dijejaki ke bandar Gearhart, barat laut Portland, dan dicam kerana memiliki ciri-ciri yang unik.

Dalam usul yang difailkan Isnin lepas untuk menolak kes itu, pejabat peguam daerah menyatakan anak perempuan Horner enggan bercakap kepada penyiasat tentang keterangannya dalam perbicaraan selepas anjing itu dijumpai masih hidup.

“Walaupun saya tidak dapat menyatakan dengan pasti bahawa Encik Horner tidak mencabul mangsa yang dinamakan, saya boleh menyatakan saya tidak yakin dengan bukti banyak yang kini ada bahawa dia telah melakukannya, dan saya ternyata tidak yakin melampaui keraguan munasabah,” peguam daerah John Hummel menyebut dalam satu kenyataan Isnin lepas.

Horner dibebaskan dari penjara pada Ogos lalu dan menunggu perbicaraan baharu selepas sebuah mahkamah rayuan membatalkan pensabitannya atas alasan bahawa pembelaannya tidak dibenar-kan untuk mengemukakan bukti yang tidak ada kaitan dengan anjing itu.

“Kelli dan saya bersedia untuk membina semula kehidupan kami,” katanya Isnin lepas, yang merujuk kepada isterinya, ketika pasangan itu keluar dari bangunan mahkamah ekoran keputusan hakim untuk menolak kes itu. — AFP

Advertisement