Anda di sini

Gugusan Beting Patinggi Ali, Taman Negara Marin terbesar di Malaysia

Advertisement
Abang Johari menunjukkan peta Gugusan Beting Patinggi Ali.
Abang Johari menunjukkan peta Gugusan Beting Patinggi Ali.

SEMATAN: Gugusan Beting Patinggi Ali (Luconia Shoals) yang terletak di Laut China Selatan di atas Pelantar Benua Sunda dalam Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia (EEZ) di perairan wilayah Sarawak, diisytiharkan sebagai Taman Negara Marin terbesar di Malaysia.

Ini diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sempena Majlis Penyerahan Sistem Solar Berpusat Sarawak Energy di Taman Negara Talang Satang, dekat sini hari ini.

Gugusan selatannya terletak 163 hingga 180 km (87 hingga 96 batu nautika) dari pantai Sarawak dan terdiri daripada beberapa terumbu seperti Hempasan Bentin, Terumbu Balingian, Beting Merpati, Terumbu Sahap,  Sierra Blanca dan Terumbu Saji, yang boleh dilihat ketika air surut.

Manakala utara Luconia terletak di antara 187 hingga 254 kilometer (100 hingga 136 batu nautika) dari pantai Sarawak yang terdiri daripada ciri-ciri seperti Beting Rentap, Hempasan Dang Ajar, Terumbu Permaisuri, Terumbu Lang Ngindang, Terumbu Asun, Terumbu Datuk Landih, Terumbu Linggir dan Terumbu Litong, juga sesetengahnya boleh dilihat ketika air surut.

"Ini menjadikan Sarawak mempunyai Taman Negara Marin yang terbesar di Malaysia dan ia sudahpun diwartakan," katanya pada sidang media sempena majlis itu.

Menurut Abang Johari, terdapat juga sumber minyak dan gas yang meluas di bawah dasar laut dalam taman negara ini. 

"Ada beberapa platform minyak dan gas PETRONAS terletak kurang 25 km dari sempadan Taman Negara Gugusan Luconia yang telah dicadangkan seperti F230-A (16.5 km), F6Q-S (22 km), MI-Q (14.6 km) dan BIIP-A (17.6 km). 

"Malah sebuah platform yang tidak diselia manusia F14DR-A juga terletak di dalam taman negara yang dicadangkan," katanya.

Sebuah kapal kargo British berusia 150 tahun dikenali sebagai Viscount Melbourne yang karam telah dijumpai di Gugusan Luconia Utara pada 2015 dan lokasi ini diisytiharkan sebagai salah sebuah tapak arkeologi maritim dalam perairan Malaysia oleh Jabatan Muzium Sarawak.

  • oleh
  • Advertisement