Anda di sini

Mangsa kebakaran ditempatkan dewan PPR Lupak Meluas

Advertisement

SANDAKAN: Mangsa-mangsa kebakaran Kampung Gelam ditempatkan di Pusat Pemindahan Dewan PPR Lupak Meluas, Batu Sapi .

Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Datuk Peter Hii Chang Lik berkata, mangsa-mangsa yang terlibat ini akan ditempatkan di Pusat Pemindahan Dewan PPR Lupak Meluas Batu Sapi.

“Saya telah melawat lokasi tapak kebakaran dan pusat pemindahan mangsa ini tadi (kelmarin),” katanya ketika ditemui di tapak kebakaran Kampung Gelam, pagi kelmarin.

Beliau berkata setakat ini pihak polis dan agensi terlibat masih lagi sedang membuat pendaftaran dan laporan mangsa yang terlibat dalam kebakaran yang berlaku awal pagi kelmarin.

Peter turut membuat perbincangan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk V.K Liew, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah George Hiew, Setiausaha Majlis Perbandaran Sandakan Faridah Giau dan Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Mohd Azhar Hamin yang turut membuat lawatan ke tapak kebakaran.

Dalam lawatan itu juga, Peter meminta mangsa-mangsa kebakaran agar bersabar menghadapi dugaan yang menimpa mereka.

Beliau telah meminta agensi terlibat agar menghulurkan bantuan segera kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

Advertisement